Zakiah Anas Dipanggil “Wanita Pistol”

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGLIBATAN selama 20 tahun dalam bidang penyiaran banyak mematangkan Zakiah Anas, 45, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.

Wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini pernah menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum meluaskan destinasi pengacaraannya menerusi rancangan 999, Bersamamu dan yang terbaru, 360.

Malah, disebabkan wajahnya sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai yang menggelar dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program tersebut.

Sebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain kehidupan ibu kepada tiga orang anak ini.

Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, dia akan menjadi sedih dan suram.

“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” katanya kepada OopStarz!.

Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah akui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak serta rakan terdekat.

“Saya suka menyendiri dan tidak menunggu sesiapa. Sekarang ini, saya sedang melalui proses penceraian dengan suami di mahkamah,” ujarnya menjelaskan tentang statusnya sekarang.

Pada Rabu lalu, dia melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbang tara) bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.

Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai ini.

Tidak hanya menumpukan kepada karier penyiaran, wanita cantik ini turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan. Dia akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

10 Soalan Menarik

1. Gimnasium atau padang?

Saya lebih suka bersenam di gimnasium. Ikutkan saya tiada masalah dengan berat badan tetapi saya nak menegangkan dan membentuk badan menjadi lebih cantik. Tetapi saya tak nak nampak terlalu kurus.

2. Menyanyi atau berlakon?

Jika tidak mengacara, mungkin saya akan memilih bidang nyanyian kerana ia sudah menjadi darah daging saya.

3. Penyanyi wanita yang paling disegani?

Sudah tentunya Datuk Sheila Majid kerana dia merupakan seorang penyanyi yang tidak ‘over’ dan mempunyai cara nyanyian tersendiri walaupun lagu bernada rancak atau perlahan.

4. Suka menonton filem di televisyen atau pawagam?

Saya pilih televisyen sebab lebih relaks apabila menonton di rumah. Apabila stres, saya akan meluangkan masa untuk menonton DVD seorang diri ataupun dengan anak-anak.

5. Baju kurung atau baju kebaya?

Baju kurung pesak atau moden kerana saya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan berasal dari kampung iaitu di Bagan Serai, Perak.

6. Lelaki Melayu atau kacukan?

Melayu kerana lebih mudah untuk sesuaikan diri dengan pasangan kita. Jika ditakdirkan dengan lelaki kacukan, saya mahukan lelaki kacukan Melayu.

7. Malam atau siang?

Siang iaitu sebelah pagi sebab setelah bangun dari tidur, kita akan memikirkan kehidupan dan inginkan suasana yang ceria. Saya tidak suka waktu senja kerana suasananya nampak suram.

8. Kereta atau motor?

Kereta kerana lebih selamat berbanding motor yang lebih berisiko untuk cedera. Lagipun saya gayat nak naik motor.

9. Snorkel atau selam skuba?

Snorkel kerana saya fobia dengan laut dalam. Saya takut tak timbul-timbul lagi sebab dulu saya pernah lemas sewaktu usia lima tahun di Sungai Perak.

10. Rambut hitam atau perang?

Hitam kerana lebih sesuai dengan kulit saya yang tak berapa putih.

Foto LOW LAY PHON

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan