Cincin Pusaka Jadi Azimat Ali

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAMA sudah kita tidak mendengar khabar berita daripada bekas vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, ini.

Kemunculan Ali yang juga merupakan bekas vokalis XPDC dan M’Pire di ruangan Zoom! minggu ini pasti mengubat kerinduan peminat-peminat yang menanti perkhabarannya.

Penyanyi berusia 42 tahun yang popular dengan lagu Bunga Angkasa ini kini membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru, iaitu Sepi Rindu.

Khas buat peminat-peminat Ali, OopStarz! memaparkan sebanyak 12 barangan kesayangannya dan semestinya, barang-barang tersebut merupakan kenangan Ali ketika bersama bekas-bekas kumpulannya dahulu.

“Saya suka simpan barang-barang yang berkaitan dengan karier kerana saya tahu suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah memori yang indah untuk dikenang semula.

“Antara barangan yang paling banyak disimpan ialah keratan akhbar mengenai kumpulan-kumpulan saya. Bila baca balik, rasa seronok pula,” tuturnya. Apalagi, jom kita lihat barang-barang kenangan Ali ini.

Telefon bimbit

Telefon bimbit jenama Nokia 6510 ini digunakan sekitar tahun 1990-an dan harganya pada ketika itu RM400. Sayang sekali telefon ini sudah tidak boleh digunakan lagi melainkan baterinya ditukar.

Kaset album Terra Rossa

Walaupun tidak mempunyai sarungnya lagi, Ali tetapi menyimpan kaset album pertama Terra Rossa yang diedarkan sekitar tahun 1991. Itu pun kata Ali, dia sempat membeli kaset tersebut di Brunei pada tahun 2000 yang pada ketika itu hanya tinggal satu salinan sahaja. Sebenarnya, Ali turut mempunyai koleksi pelbagai kaset album lagu di rumahnya. Dia akan mendengar semula lagu-lagu daripada album-album lamanya jika merindui kumpulan tersebut.

Gambar-gambar lama

Sekali sekala, melihat kembali foto-foto zaman muda dulu pasti menyeronokkan. Kata Ali, foto-foto tersebut diambil selepas dia menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kurusnya Ali masa muda!

Cincin

Cincin ini merupakan pemberian ibunya ketika dia berusia 11 tahun. “Saya sayang sangat cincin ini. Seingat saya harga cincin ini ialah RM400. Tak tahulah bagaimana rasanya kalau hilang,” ujar Ali. Cincin ini ibarat cincin pusaka yang menjadi azimat untuk Ali. Lebih terharu, ibunya yang telah meninggal dunia pada tahun 1985 itu sanggup berhutang untuk membeli cincin tersebut.

Pisau tentera

Antara aktiviti kegemaran Ali ialah berkhemah di hutan dan pisau ini antara barang paling penting yang akan dibawanya.

Kemeja T XPDC

Kemeja T ini merupakan kemeja keluaran pertama ketika nama kumpulan XPDC sedang berada di kemuncak kemasyhuran . Ia dipakai ketika penggambaran klip video lagu Alamak Kahwinkan Aku di Indonesia.

Poster

Penyanyi ini gemar menyimpan keratan akhbar mengenai dirinya kerana dia tahu satu hari nanti koleksi keratan akhbar itu akan menjadi memori yang indah apabila melihatnya. Ia juga akan dapat ditatap oleh anak cucu Ali suatu hari nanti. Pada masa itu kata Ali mungkin cucunya akan berkata; “Atuk aku dulu mat rock rupanya, haaa.”

Risalah konsert

Walaupun ada yang menganggap risalah ini remeh untuk disimpan, bagi Ali ia merupakan sekeping kertas yang amat bernilai dan meninggalkan memori yang indah di mana dia bersama ahli XPDC yang lain sama-sama berkempen mengedarkan risalah tersebut kepada peminat-peminat mereka.

Gitar

Gitar ini merupakan pemberian peminat Ali sekitar tahun 1990-an dan ia merupakan teman setia Ali ketika kebosanan. Bagaimanapun gitar tersebut sekarang ini hanya digantung di dalam rumah sebagai perhiasan.

Poster Rothmans

Kata Ali, dulu dia begitu meminati juara dunia perlumbaan motosikal berkuasa besar, Freddie Spencer dan poster ini menjadi salah satu perhiasan dalam biliknya sekitar tahun 1984.

Jaket kulit

Tidak seperti sekarang, zaman dahulu, untuk membeli jaket kulit yang biasa ia agak mahal. Jaket yang dibeli Ali ini pula berharga lebih kurang RM400 setiap satu. Ali berkata selepas mendapat duit bayaran hasil persembahan yang dibuat, dia terus ke kedai kulit milik bapa rakannya iaitu Zack penyanyi kumpulan Budak Kacamata di Klang.

Kemeja jalur

Inilah salah satu kemeja kesayangan Ali yang pernah dipakainya ketika mengadakan sebuah konsert pada tahun 1987. Sebenarnya baju ini pernah tertinggal di rumah rakannya dan setelah sekian lama, barulah ia diberikan semula kepada Ali. Kata Ali berseloroh, baju itu jika dipakainya sekarang dilihat seperti pekerja sebuah restoran makanan segera pula.

Foto SAUFI NADZRI

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan