Sandra Bullock Pengubat Lara George Clooney - Berita Hiburan | mStar

Sandra Bullock Pengubat Lara George Clooney

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

George Clooney sedang putus cinta dengan kekasihnya, Elisabetta Canalis.
George Clooney sedang putus cinta dengan kekasihnya, Elisabetta Canalis.

PELAKON George Clooney yang sedang putus cinta dengan kekasihnya, Elisabetta Canalis menjadikan pelakon Sandra Bullock sebagai pengubat hatinya.

Sandra dengan senang hati meluangkan masanya untuk tempat George meluahkan perasaannya ketika mereka sedang sama-sama sibuk dengan penggambaran filem terbaru mereka, Gravity di London, England.

"Mereka sangat dekat dan dia sangat benci melihat George terluka. Mereka akan ada untuk satu sama lain," ujar sumber yang dipetik dari Showbiz Spy, Sabtu.

Menurut keluarga terdekat Elisabetta, George memilih untuk mengakhiri hubungan mereka setelah kedua-duanya bertengkar hebat di rumah milik George di Itali, lalu lisabetta pergi meninggalkan lelaki tersebut.

George merasa tertekan kerana mengharapkan Elisabetta akan menjadi isterinya memandangkian wanita itu mengaku mahu segera berkahwin dengan George baru-baru ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan