John Morrison & Melina Anggap WWE Tidak Ganas

Diterbitkan: Ahad, 26 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Melina (kiri) dan John Morrison sewaktu sidang media mempromosikan WWE di Sunway Pyramid, Sabtu. - Foto SAM THAM
Melina (kiri) dan John Morrison sewaktu sidang media mempromosikan WWE di Sunway Pyramid, Sabtu. - Foto SAM THAM

PETALING JAYA: Dua Superstar dan Diva World Wrestling Entertainment (WWE) dari Amerika Syarikat iaitu John Morrison, 32, dan Melina, 32, menolak sukan hiburan itu mengundang keganasan kepada penonton.

Sebaliknya mereka menganggap program popular yang turut disiarkan di TV3 pada setiap Khamis, pukul 11 malam itu sekadar hiburan semata-mata.

“Saya tidak menganggap WWE sebagai suatu yang ganas kerana ikutkan terdapat pelbagai medium lain yang lebih ganas daripada WWE seperti pemainan video dan filem.

“Malah, bapa dan rakan-rakan saya menyukai program ini dan tidak menganggap ia ganas,” kata John ketika ditemui dalam siri penjelajahan ‘WWE Promotional Tour’ di Sunway Pyramid, di sini, Sabtu.

Jelasnya lagi, segala aksi gusti yang dilakukan bukanlah menunjukkan aksi gusti sebenar sebaliknya lebih kepada menghiburkan penonton.

Sementara Melina pula berkata: “Saya rasa tidak banyak aksi ganas yang ditonjolkan dalam WWE dan apa yang dipertontonkan merupakan aksi yang ingin dilihat oleh penonton.”

Lebih istimewa, TV3 turut meraikan empat daripada lima pemenang kuiz WWE bersama-sama pasangan masing-masing dalam majlis makan tengahari secara eksklusif bersama dua selebriti itu di Restoran Tony Romas, Sunway Pyramid.

Mereka adalah Hafiz Azwany Taher, 28, Johan Affendy Mahfoor, 29, Farid Husni, 14, Mike Chin, 26, manakala Nur Syahirah Hussin, 22, tidak hadir pada majlis itu.

Para pemenang memenangi hadiah tersebut setelah menjawab tiga soalan beserta sebuah slogan yang menarik di laman sesawang facebook.com/TV3MALAYSIA dan facebook.com/tontonMY yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun lalu.

John dan Melina yang pertama kali berpeluang bertemu dengan peminat WWE di negara ini agak terkejut dengan sambutan yang diberikan.

“Saya agak teruja dan terkejut kerana ramai peminat yang menantikan kemunculan kami di sini. Mereka seolah-olah sangat mengenali rapat dengan kami,” ujar John yang mengamal pemakanan seperti mengambil makanan berprotein dan berdaging.

Bagaimanapun dia tidak terlalu bimbang tentang diet dan hanya melakukan yang terbaik untuk sukan gusti itu.

Begitu juga dengan Melina yang menyukai pelbagai jenis makanan dan mengelak daripada mengambil kadar makanan yang terlalu banyak.

Selain berkunjung ke negara ini, mereka turut menjelajah ke Singapura untuk mempromosikan WWE dan berada di negara ini selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan