Muzikal 'Dreamgirls' Perkenal Kris Coleman - Berita Hiburan | mStar

Muzikal 'Dreamgirls' Perkenal Kris Coleman

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kris Coleman (kiri) bersama-sama para pelakon Dreamgirls di Istana Budaya, Selasa. - Foto RICKY LAI
Kris Coleman (kiri) bersama-sama para pelakon Dreamgirls di Istana Budaya, Selasa. - Foto RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Teater muzikal 'Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation' memperkenalkan penampilan istimewa Kris Coleman, artis dari New York, Amerika Syarikat sebagai Jimmy Thunder.

Persembahan yang dibawakan oleh Broadway Academy (M) Sdn Bhd itu akan dipentaskan buat julung kalinya di Istana Budaya, di sini pada 14 hingga 24 Julai depan.

Menurut Pengarah Urusan dan Penerbit Eksekutif muzikal ini, Casey Koh, penampilan Kris dianggap bakal memberikan suntikan baru dan kreativiti menarik kepada muzikal yang diadaptasi daripada muzikal berjudul sama dari Amerika itu.

Ini kerana Kris pernah membintangi muzikal yang sama di Amerika dengan membawakan watak Curtis Taylor Jr.

Malah, dia juga popular menerusi beberapa muzikal lain seperti Jersey Boys, Sister Act, A Midsummer Nights Dream dan Big River.

Bagaimanapun, pihak produksi teater di bawah arahan Joanna Bessey ini menampilkan kesemua pelakon dan tenaga kreatif dari negara ini.

"Broadway Academy menyokong dan menghargai bakat-bakat dalam negara ini. Kita hanya membawa masuk Kris sebagai tarikan dan kelainan kepada muzikal ini," kata Casey ketika sidang media di Istana Budaya, di sini, Selasa.

Pelakon tempatan yang dimaksudkan antaranya adalah Cheryl Samad, Azura Zainal, Ruzana Ibrahim, Elvira Arul, Tony Eusoff, Dafi dan Indi Nadarajah.

Muzikal ini menampilkan lagu-lagu R&B popular nyanyian The Supremes, The Shirelles, James Brown dan Jackie Wilson.

Muzikal menampilkan 30 pelakon dan 15 pemuzik ini turut diadakan sempena kutipan amal untuk membantu pertubuhan-pertubuhan amal seperti Make-A-Wish-Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan The Safe Clinic.

Tiket dijual pada harga bermula RM43 hingga RM403 melalui www.airasiaredtix.com atau hubungi 03-87754666.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan