Freddie Saran Persatuan Artis Perlu Bergabung

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Freddie Fernandez
Freddie Fernandez

KUALA LUMPUR: Semua persatuan artis dan penggiat seni di negara ini digesa untuk bergabung di bawah sebuah persatuan induk sebagai satu cara untuk terus memperkasakan kebajikan golongan berkenaan selain menjadikan aktiviti-aktiviti mereka lebih tersusun.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata, adalah menjadi harapan dan wawasan Karyawan untuk melihat persatuan-persatuan yang membela kebajikan golongan artis lebih cekap dan kukuh dari segi pentadbirannya.

Menurutnya, melalui penggabungan tersebut, ia akan dapat memastikan persatuan-persatuan artis benar-benar memberikan khidmat terbaik kepada ahli mereka.

“Apa gunanya ada puluhan persatuan artis jika ada antara mereka yang tidak aktif, tidak mampu membayar sewa pejabat, ketiadaan kakitangan dan dilanda pelbagai masalah lain.

“Dalam soal pemberian bantuan kewangan kepada persatuan artis umpamanya, duit yang diperuntukkan kerajaan terpaksa dibahagikan antara 40 persatuan artis. Bermakna setiap persatuan hanya mendapat beberapa ribu ringgit sahaja dan ini tidak cukup untuk membiayai aktiviti artis. Justeru, dengan adanya sebuah persatuan artis pun sudah memadai,” katanya ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 di sini, Selasa.

Sehubungan itu, sebagai permulaan Freddie mencadangkan agar tiga persatuan artis yang sedia ada sekarang digabungkan terlebih dahulu dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak persatuan-persatuan lain untuk ikut serta selepas itu.

Katanya, bagi memastikan tidak berlakunya sebarang pertikaian terhadap siapa yang harus menerajui persatuan yang digabung itu, suatu pemilihan baru akan diadakan yang mana ahli-ahli diberikan hak memilih tokoh yang dirasakan layak menerajui persatuan itu.

Beliau juga berpendapat, Majlis Seni Budaya (MSB) yang pernah diwujudkan satu ketika dahulu boleh berperanan dalam memayungi usaha itu dan artis-artis sendiri boleh dijadikan sebahagian daripada majlis berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Freddie, sekiranya terdapat persatuan artis yang tidak berminat dengan usaha penggabungan itu, persatuan-persatuan tersebut boleh meneruskan aktiviti mereka sendiri tetapi tidak boleh mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan.

Jelas beliau, hanya persatuan-persatuan yang bergabung yang layak menerima dana daripada kerajaan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan