Akademik dan Bakat Amanda Imani

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amanda Imani - Foto SAUFI NADZRI
Amanda Imani - Foto SAUFI NADZRI

SEMUA tahu, kelulusan akademik mampu mengubah kehidupan seseorang. Dan lazimnya pencapaian akademik boleh menjadi kayu pengukur seseorang itu untuk bergerak jauh mengejar impian yang diinginkan.

Begitu juga dengan penyanyi remaja yang sedang meningkat naik, Amanda Imani. Baginya, tanpa ilmu tiada apa yang dapat dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya.

Walaupun kerjaya nyanyiannya sedang meningkat, semestinya pelajaran tidak pernah diabaikan oleh gadis berusia 20 tahun ini.

"Bagi saya, ilmu mampu membuka luas minda dan membuatkan kita sentiasa berfikir jauh dengan setiap langkah yang dilakukan.

"Malah menerusi akademik juga kita boleh membuat keputusan yang tepat dan pada masa yang sama ia boleh mematangkan pemikiran seseorang untuk menguruskan kehidupan," tutur penuntut program Ijazah Sarjana Muda Sains Psikologi dan Komunikasi dari Iowa University, Amerika Syarikat dengan kerjasama Kolej Segi ini.

Tambah Amanda, tanpa akademik, seseorang itu boleh tertinggal banyak perkara memandangkan masyarakat dunia yang semakin kompetitif dan selektif.

"Begitu juga dengan para selebriti tidak kira penyanyi, pelakon atau pemuzik, cantik atau kacak macam mana sekalipun, kalau ilmu kosong di dada, kita tidak boleh pergi jauh. Jangan terkejut sekiranya banyak perkara yang kita tertinggal apabila bertemu dengan orang luar," ujarnya.

Bersemangat sungguh anak muda ini tatkala OopStarz! membuka bicara tentang pandangannya mengenai akademik terhadap seorang selebriti.

Ternyata walaupun poket penuh diisi dengan wang hasil kerjayanya sebagai penyanyi, Amanda tidak pernah alpa dengan keadaan di sekeliling dan sentiasa mengejar ilmu yang masih belum dipelajari lagi.

Justeru, kata Amanda, dia mahu menggunakan kelebihan ilmu itu untuk mengembangkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Langkah ke Bulgaria

Pada 13 hingga 15 Mei lalu, Amanda mewakili negara dalam pertandingan 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria.

Percubaan pertamanya untuk melihat sejauh mana kemampuan diri menunjukkan tanda-tanda positif apabila dia berjaya membawa pulang dua anugerah bagi kategori Lagu Asal Terbaik dengan membawakan lagunya sendiri, Selamilah Cinta dan Penyanyi Baru Terbaik menerusi lagu Hero (Mariah Carey).

"Kadang-kala kita tidak sedar akan kelemahan diri apabila berada di kepompong industri muzik tempatan sahaja.

"Tetapi, sebaik sahaja berada di Varna, perasaan mahu bersaing semakin memuncak kerana saya dikelilingi oleh penyanyi-penyanyi hebat daripada pelbagai negara antaranya Mexico, Itali, Rusia, China, Belarus, Turki, Sepanyol, Macedonia, Sri Lanka, Malta, Romania dan Ukraine.

"Lebih mengejutkan, hanya saya seorang sahaja yang mewakili Asia dalam pertandingan tersebut dan ia membuatkan saya bekerja lebih keras untuk menunjukkan bahawa negara kita juga mempunyai penyanyi yang hebat seperti mereka.

"Dan saya telah buktikan, bahawa anak Malaysia juga boleh berjaya ke peringkat antarabangsa," katanya.

Tambah Amanda, pengalaman berada di Varna juga banyak mengajarnya selok-belok teknik vokal dalam nyanyian.

Malah anak kelahiran Kuantan, Pahang ini gembira kerana pertemuan dengan peserta lain membuatkan masing-masing saling bertukar buah fikiran mengenai pergerakan industri muzik di negara masing-masing.

"Alhamdulillah, sepanjang tiga hari di sana, banyak pengalaman yang saya pelajari daripada penyanyi-penyanyi yang menyertai pertandingan itu.

"Lebih membanggakan apabila mereka suka dengan lenggok bahasa Malaysia kita dalam nyanyian lagu. Ternyata, muzik boleh menyatukan pelbagai negara walaupun kita tidak faham maksud lirik tersebut," ujarnya.

Tidak popular

Walaupun telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, nama Amanda masih lagi belum kuat untuk meraih populariti di persada seni tempatan.

Akur dengan hal tersebut, penyanyi ini menganggap usia dua tahun menyertai bidang muzik masih belum kuat untuk dirinya berada sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat lain.

"Saya sertai bidang muzik ini bukan kerana mahu popular sebaliknya minat yang mendalam terhadap muzik. Lagipun usia saya masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dengan penyanyi-penyanyi senior kita.

"Saya lebih selesa jika graf karier saya seimbang dan tidak jatuh. Tambah pula, saya masih lagi seorang pelajar yang perlu membahagikan masa dengan karier.

"Mungkin belum sampai masanya lagi untuk berada di kemuncak dan saya percaya, satu hari nanti kejayaan itu pasti akan dilihat," jelasnya.

Ujar penyanyi ini lagi, dia tidak mungkin akan mengejar populariti semata-mata, sebaliknya ingin mengekalkan kualiti muzik yang dihasilkan kepada peminat-peminat muzik tempatan.

Bagaimanapun, dia berharap suatu hari nanti, bakat nyanyiannya diiktiraf oleh industri tempatan serta luar negara.

"Saya tahuTuhan sudah memberikan ruang kepada kita untuk berjaya dan semua itu bergantung kepada kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu perkara," tegasnya.

Penghargaan:

Solekan Vee Xenddra (Menggunakan 4u2 Cosmetics)

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan