Sarimah Ibrahim Kongsi Tip Kecantikan

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim (gambar) berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Sabtu.

Duta Reebok ini berkata penjagaan pemakanan penting kepada setiap orang. Selain itu, air juga mampu membantu seseorang itu mengekalkan bentuk badan dan kulit yang cantik.

“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.

“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.

Pengacara Akademi Fantasia ini turut membuka peluang kepada 35 pembaca Shape yang hadir di situ untuk bertanya soalan kepadanya.

Wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.

“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.

Sebagai tambahan, Sarimah turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.

Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.

Selain itu, lima pembaca bertuah berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Colantotte, Gatorade, Reebok, True Fitness dan Yogood.

Bengkel yang dianjurkan itu bersempena dengan ‘Shape Night Run 2011’ anjuran GNC Live Well yang akan diadakan pada 30 Julai depan, di Pusat Perbadanan Putrajaya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan