'Qiamullail Perdana Imam Muda' Jemput Muslimin & Muslimat

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Astro Oasis (saluran 106) akan menganjurkan program Qiamullail Perdana Imam Muda yang mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat untuk turut serta mengimarahkan Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Jun ini.

Program selama dua hari itu melibatkan tazkirah dan khutbah bermula pukul 12 tengah hari diikuti dengan solat Jumaat, Asar, Mgahrib dan Isyak berjemaah temasuk liga ilmu dan ceramah perdana.

Sementara qiamullail akan berlangsung pada pukul 3 pagi dan berakhir dengan kuliah Subuh.

Penyampaian tazkirah oleh salah seorang peserta program Imam Muda musim kedua manakala kemuncak program ini bakal disampaikan oleh Mudir Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar (gambar), berdasarkan sambutan yang diterima terhadap program Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, pihak Astro dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Muslimin dan Muslimat agar bertambah pada program kali ini berdasarkan hebahan dan perancangan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

“Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran program ini. Usaha positif ini diharap mampu memupuk semangat untuk lebih mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda,” katanya.

Di samping objektif utama majlis Qiamullail Perdana Imam Muda ini yang diadakan untuk mengimarahkan masjid, program ini juga mengambil kesempatan untuk menyambut sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut oleh umat Islam pada 26 Rejab 1432H bersamaan 28 Jun ini.

Selain itu, pihak Astro Oasis juga ingin mengambil peluang ini untuk mengumpulkan Muslimin dan Muslimat bagi menjayakan majlis tahlil untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Takwa, Hulu Langat yang berlaku baru-baru ini.

Izelan menambah: “Kami berasa amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap program ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah, Jalan Duta yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program ini.

“Kami berharap agar usaha yang dilakukan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang Iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini.”

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan