Aswara Wujudkan Fakulti Animasi Pertama Di Negara Ini

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bakal mencipta sejarah dalam dunia animasi apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang menubuhkan fakulti animasi bagi melahirkan lebih ramai tenaga kreatif.

Rektor Aswara Datuk Dr Mohamed Najib Dawa berkata sesi pertama pengajian di fakulti itu bermula 18 Julai ini dan seramai 20 penuntut akan didedahkan dengan dunia animasi sebenar oleh tenaga pengajar yang terlibat dalam industri berkenaan.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu, penggubalan ko-kurikulum dirangkum bersama pihak industri untuk memastikan graduan yang bakal dilahirkan menepati kehendak pasaran animasi.

"Ada lebih 14 buah IPTA (institusi pengajian tinggi awam) dan IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) yang menawarkan program animasi, tetapi ia di bawah fakulti lain. Yang betul-betul menawarkan kursus khusus animasi adalah kami, fakulti animasi kita adalah yang pertama.

"Ketika ini, kami mulakan dengan peringkat diploma dahulu. Tengok progres bagaimana, baru ke ijazah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 'Masterclass Animasi Bersama Raman Hui' di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Hadir sama Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim.

Mohd Najib turut ditanya rasional Aswara mengambil 20 pelajar sahaja untuk mengikuti program diploma animasi selama tiga tahun itu.

"Tenaga pengajar kita empat orang, tetapi ada tambahan dari luar. Jadi, pendekatan kita pada 20 orang ini, satu satu, iaitu ratio 1 pensyarah 4 pelajar, jadi dapat amali lebih," katanya yang menambah sebelum ini, animasi merupakan satu kursus di bawah fakulti filem dan video.

Mengenai program Masterclass Bersama Raman Hui, Mohd Najib menyifatkannya sebagai peluang keemasan untuk Aswara dan penggiat industri animasi tempatan menambahkan ilmu bersama animator antarabangsa itu.

Raman Hui, anak kelahiran Hong Kong, merupakan pengarah animator bagi beberapa filem hebat seperti Kung Fu Panda, Shrek dan lain-lain.

Program sehari anjuran bersama Aswara, Finas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Filem Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Multimedia Development Corporation itu menarik penyertaan seramai 200 orang di kalangan penggiat industri dan pelajar.

Sementara itu, Maglin dalam ucapannya berkata kerajan berharap produksi animasi tempatan akan menambah kandungan siaran, malah menghasilkan produk yang boleh menjadi bahan eksport budaya ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata langkah itu akan memberi faedah bukan sahaja kepada karyawan, malah menjana ekonomi baru untuk negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan