Yusof Haslam, Pekida Berdamai

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Yusof Haslam dan Pekida berdamai.Foto THE STAR Oleh: AZLINA ABDULLAH
Datuk Yusof Haslam dan Pekida berdamai.Foto THE STAR Oleh: AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.

Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.

"Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.

"Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam, di sini, Jumaat.

Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.

Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangster dan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.

Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.

“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan