ntv7 Kongsi Kejayaan Usahawan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bermula 26 Jun ini, ntv7 akan membawakan kejayaan Alumni Taiwan dari Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada komuniti sebagai usahawan.

Laporan mingguan selama dua minit ini akan disiarkan dalam edisi berita Mandarin 7, setiap Ahad pukul 9.30 malam selama enam episod.

“Kisah-kisah kejayaan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi usahawan yang baru agar sentiasa mengejar impian mereka.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Alumni Persekutuan Universiti Taiwan Malaysia (FAATUM) kerana bekerjasama dengan ntv7 dalam menghasilkan siri istimewa yang penuh inspirasi ini,” kata Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Lai Cheah Yee.

Dirakam secara kasual dan cara yang lebih bersahaja, laporan istimewa ini akan membawakan kisah tentang kejayaan, cabaran dan sumbangan beberapa usahawan antaranya Yau Teck Kong, usahawan syarikat Total Drive Transmission Sdn. Bhd. dan Presiden Persekutuan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Tan Sri Datuk Ng Teck Fong, usahawan syarikat Tomei Consolidated Berhad, Datuk Ong Soon Ho, usahawan syarikat Hextar Holdings Sdn Bhd.

Turut serta adalah Low Boon Hing, usahawan syarikat Mawah Group of Companies, Chin Chee Kong, usahawan syarikat Shimba Sdn. Bhd dan Datuk Lau Nai Hoh, usahawan syarikat Tuong Aik Sdn. Bhd.

Para penonton akan berpeluang mempelajari selok-belok dalam memulakan perniagaan melalui kisah setiap usahawan yang dipaparkan. Bermula dari memahami alam perniagaan sehinggalah aspek keusahawanan dan cara membuka francais akan diceritakan.

Laporan khas ini mengandungi tiga segmen iaitu pengenalan ringkas mengenai usahawan yang dipilih, sejarah dan latar belakang syarikat termasuklah temu bual mengenai pencapaian dan sumbangan yang telah mereka berikan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan