Konsert David Archuleta Di KL 26 Julai Ini

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Archuleta
David Archuleta

KUALA LUMPUR: Atas permintaan luar biasa daripada para peminat, juara program American Idol musim ketujuh, David Archuleta,20, akan muncul ke ibu negara untuk sebuah konsert pada 26 Julai depan.

Ia akan diadakan di Stadium Negara, di sini, pukul 8 malam.

Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim berkata: "Konsert ini akan menjadi konsert yang pertama buat David di Malaysia.

"Acara ini juga bakal menyaksikan label Sony Music menjadi penganjur bersama buat kali pertama. Sebagai penganjur bersama, kami akan memberikan ruang yang lebih fleksibel bagi membolehkan para peminat untuk mendekati David.

"Bukan sekadar sebuah konsert, malah pelbagai aktiviti akan dijalankan antara David dan peminat."

Tiket-tiket berharga RM300 (tempat duduk VIP), RM230, RM190 (tempat duduk bernombor) dan RM150, RM90 (tempat duduk bebas) akan dijual pada 20 Jun ini menerusi www.ticketcharge.com.my (Ticket Charge) dan www.airasiaredtix.com (AirAsia RedTix).

Penyanyi dari Utah, Amerika Syarikat ini muncul dengan album pertamanya, David Archuleta pada 2008 yang menampilkan lagu-lagu popular carta termasuk Crush, A Little Too Not Over You and Touch My Hand.

Album terbarunya The Other Side of Down yang dipasarkan sejak Oktober tahun lalu pula memiliki lagu-lagu popular seperti Something Bout Love dan Elevator.

Populariti Archuleta di Malaysia terbukti menerusi penjualan album-albumnya yang mencecah platinum sebanyak 19,000 unit.

Kunjungan sulung penyanyi itu di Sunway, di sini pada April 2009 berjaya menawan lebih 5,000 peminat.

Tiket-tiket konsertnya akan mula dilancarkan pada 19 Jun ini di antara pukul 3 hingga 6 petang di pusat beli-belah Berjaya Times Square.

Layari www.facebook.com/sonymusicmy untuk perkembangan terkini tentang konsert penyanyi ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan