Hunny Madu Tunggu Anuar Zain Empat Tahun

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hunny Madu berasa puas apabila penantiannya selama empat tahun untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain tercapai. - Foto CHAN TAK KONG
Hunny Madu berasa puas apabila penantiannya selama empat tahun untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain tercapai. - Foto CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan penyanyi Hani Farhana Mohd Hatim, 27, atau Hunny Madu mengakui berpuas hati dan gembira apabila impiannya untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain terlaksana selepas empat tahun menunggu.

Kata Hunny, memandangkan lagu ciptaannya berjudul Kisah Kita itu digubah semata-mata untuk berduet dengan penyanyi lelaki tersebut, dia sanggup menyimpan lagu berkenaan jika gagal mendapatkan Anuar sebagai teman duet.

"Sejak kecil lagi saya sudah jatuh cinta dengan nada suara dan cara nyanyian Anuar yang berbeza dan cukup mengasyikkan di mana kualiti itu jarang ada pada penyanyi lelaki di Malaysia.

"Lagu Kisah Kita memang saya gubah untuk berduet dengan Anuar dan jika tidak dapat saya akan simpan saja lagu itu dan tidak akan nyanyi sendiri atau dengan orang lain.

"Sebab itu saya tulis lagu itu mengikut kesesuaian suara dan cara nyanyian Anuar," katanya yang ditemui pada pelancaran album Pulau Janji di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), di sini, baru-baru ini.

Berkongsi tentang pengalamannya bekerjasama dengan Anuar, Hunny berkata, dia terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum menghasilkan lagu berentak balada itu.

"Semuanya bermula kira-kira empat tahun. Namun, saya hanya mendapat pengesahan daripada pengurusan Anuar kira-kira dua tahun yang lalu.

"Rakaman lagu ini adalah yang paling lama untuk disiapkan iaitu antara enam hingga tujuh bulan kerana ia melibatkan banyak pindaan pada susunan muzik dan vokal.

"Dua tiga kali juga vokal saya tidak selaras dengan ton suara Anuar yang besar hingga memaksa saya untuk menghadiri kelas vokal bersama Lah Ahmad. Hasilnya, saya berpuas hati dengan lagu itu," katanya.

Album sulung Hunny itu memuatkan 12 lagu seperti Dari Masa Hadapan, Kisah Kita (duet bersama Anuar Zain), Hey R (duet bersama Najwa) dan Miss Strong.

Album edaran Laguna Music itu akan mula berada di pasaran pada minggu depan. Bagaimanapun, pembelian album secara digital kini boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Laguna Music di http://bit.ly/ixeoPN.

Selain bidang nyanyian, Hunny turut mengendalikan segmen Malaysia’s Hottest Music di stesen radio Fly FM pada setiap hari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan