David Enggan Komen, Pekida Tetap Tuntut Permohonan Maaf

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Teo
David Teo

PETALING JAYA: Penerbit filem Kongsi David Teo tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu yang dibangkitkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kononnya filem itu dan Gangster terbitan Skop Production mencemarkan nama pertubuhan terbabit.

Kata David, pihaknya hanya berurusan dan melayan perkara tersebut jika ia melalui prosedur yang betul selain pihak berkenaan dapat membuktikan kesalahannya.

"Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana perkara tersebut tidak ada bukti sama ada ia betul atau sebaliknya.

“Saya hanya akan mempertimbangkan jika pihak Pekida memberi kami surat bertulis yang memohon agar kami perlu membuat permohonan maaf.

"Sekarang siapa juga boleh buat sidang media atau berkata apa juga, tapi selagi ia tidak melalui cara yang betul dan mempunyai hitam putih kami tidak akan melayan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah David, sepanjang pengalamannya menerbitkan lebih 59 buah filem, syarikatnya sentiasa menitikberatkan beberapa perkara yang boleh menimbulkan permasalahan atau menyinggung mana-mana pihak.

"Setiap filem yang kami terbitan akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya apabila menyentuh sensitiviti masyarakat.

"Untuk filem Kongsi, kami juga meminta nasihat dari pihak polis malah sebelum memulakan filem itu juga kami sudah memberitahu bahawa cerita tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan dan semua watak adalah rekaan semata-mata," ujarnya.

Bagaimanapun, kata David dia hanya akan mengambil tindakan selepas melakukan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah MIG Production jika pertubuhan tersebut mengeluarkan kenyataan bertulis kepada mereka.

Sementara itu, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam dalam laporan sebuah akhbar semalam, enggan memohon maaf dan menganggap perkara tersebut sebagai sebuah ugutan.

Bagaimanapun, Yusof mahu kontroversi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan melalui perbincangan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berkata jika kedua-dua penerbit enggan mengakui kesilapan dan memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Kata Roslan, pihaknya mempunyai perancangan kedua jika kedua-dua penerbit filem itu berdegil untuk memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama pertubuhan tersebut daripada dicop sebagai gengster.

"Kami tidak meminta banyak, hanya kata maaf secara terbuka dan akui kesilapan mereka yang menggunakan panggilan dan gelaran pertubuhan kami.

"Namun jika kedua-duanya tidak mahu melakukan perkara tersebut sehingga tempoh yang diberikan terpulang kepada mereka, tapi kami sudah ada “plan B” untuk kedua-dua penerbit tersebut," katanya.

Tambahnya, dia juga menyambut baik cadangan untuk bersemuka dengan kedua-dua penerbit tersebut untuk berbincang perkara berkenaan.

"Saya memang setuju jika mereka ingin berjumpa dan berbincang tapi saya mahu perjumpaan itu nanti turut dihadiri oleh wartawan.

"Saya mahu mereka bersihkan nama Pekida dari persepsi yang mengatakan kami kumpulan gengster dengan meminta maaf sahaja bukan susah pun," katanya.

Kata Roslan lagi, selepas sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu, pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof ada menghubunginya dan meminta maaf secara peribadi.

"Syamsul ada menghubungi saya dan meminta maaf secara peribadi, saya tahu dia sedar dengan kesilapannya sebab dia adalah ahli Pekida. Begitu juga Farid Kamil yang juga ahli kami tapi kedua-dua pengarah tersebut tidak tahu dan tidak faham situasi ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan