Artis Taiwan Sempena Karnival Yuan ntv7 Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Artis popular Taiwan, Bii bakal memeriahkan karnival Yuan, ntv7.
Artis popular Taiwan, Bii bakal memeriahkan karnival Yuan, ntv7.

PETALING JAYA: Selepas sambutan memberangsangkan terhadap Karnival Yuan yang diadakan di Batu Caves, Selangor pada bulan lalu, ntv7 sekali lagi meneruskan jelajahnya pada 18 dan 19 Jun ini bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Cheng, Melaka .

Karnival dua hari kali ini bakal membawakan penyanyi popular Taiwan, Bii yang baru sahaja keluar dengan album terbarunya berjudul Bii Story. Selain dihiburkan dengan nyanyian artis tempatan seperti Ke Qing, Summer Girls dan Yudi.

Dalam pada itu, pengunjung juga berkesempatan menemui pelakon drama ntv7 dan personaliti kegemaran mereka seperti pelakon Sitkom Cina ntv7, Time FM iaitu Yeo Yann Yann, Adrian Tan, Alvin Wong, Ken Tan, dan Jane Ng. Mayjune Tan, pengacara Women’s Zone, Chan Wei Wei dan Lim She Ting yang turut hadir di karnival hebat ini.

Sesi ramah mesra bersama juruhebah radio one FM dan karakter kartun Cina popular, Master Q juga diadakan buat peminat.

Dalam acara tersebut juga, pengunjung berpeluang menjalani uji bakat baru untuk mencari pengacara dan pembaca berita berbahasa Cina, Inggeris dan Melayu.

Calon yang terpilih akan dirias dan dilatih tentang segala yang mereka perlukan untuk berjaya dalam industri penyiaran. Karnival ini juga menawarkan khidmat kepada pengunjung untuk mendaftar sebagai pemilih dan menyemak status mereka di gerai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkhidmatan pengemaskinian alamat untuk kad pengenalan juga diberikan secara percuma oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, acara demonstrasi dan pameran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Melaka dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka turut diadakan.

Pengunjung berpeluang menyaksikan bagaimana polis menggunakan anjing pengesan K-9 untuk operasi dadah dan persembahan khas. Orang ramai juga dapat menyaksikan demonstrasi menyelamat kebakaran oleh pasukan bomba.

Karnival Yuan dianjurkan untuk mendekatkan lagi ntv7 dengan penonton setianya di seluruh Malaysia. Acara komuniti yang baru diwujudkan oleh Saluran Ceria Anda pada tahun lepas adalah demi menghargai penontonnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan