Zain Saidin Dan Rahsia Daging Buaya

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK kebelakangan ini, hampir setiap hari nama Zain Saidin diperkatakan. Dia dan penyanyi Shahir AF8 kononnya dikatakan berebut cinta untuk memenangi hati pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Tolak ke tepi hal kontroversi itu, OopStarz! ingin berkongsi cerita mengenai Zain yang mungkin tidak ramai tahu di sebalik gosip-gosip panas yang berlaku.

Memiliki jiwa seorang lelaki berani, anak kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai minat terhadap haiwan eksotik.

Semuanya bermula apabila ibunya, Siti Aishah Abdullah @ Gloria Carole Mann, sering membawanya ke zoo semasa kanak-kanak menyebabkan dia tertarik kepada haiwan seperti ular, biawak dan gecko (sejenis cicak) dan iguana.

“Boleh dikatakan saya seorang yang suka kepada haiwan eksotik lebih-lebih lagi kalau yang jenis pelik-pelik.

“Di rumah, saya ada membela seekor ular dan sebelum itu pernah membela cicak. Cuma saya berharap sangat agar dapat membela burung hantu ataupun helang pula satu hari nanti,” katanya.

Bukan setakat itu sahaja, Zain juga gemar dengan makanan-makanan eksotik yang mungkin tidak ramai orang mahu mencubanya.

“Kadang-kala keinginan saya agak pelik dan seboleh-bolehnya saya akan cuba sesuatu yang baru termasuklah makanan.

“Jangan terkejut, saya pernah mencuba makan daging buaya. Mungkin ada sebilangan orang yang sedikit sensitif tentang hal ini tetapi rahsianya daging itu telah membantu mengurangkan penyakit asma yang saya lalui sejak kecil.

“Antara makanan kegemaran saya yang lain ialah sup “torpedo” lembu selain urat dan otak haiwan itu,” ujarnya.

Walaupun memiliki jiwa eksotik dan berwajah kacukan, Zain berkata dia bukanlah seorang lelaki moden yang terlalu mengikuti budaya Barat.

Dia masih lagi mempercayai adat budaya Timur yang penuh dengan sopan santun dan paling penting, menghormati orang tua.

“Dari segi teknologi, ya, saya mengikuti peredaran itu. Bagaimanapun, saya seorang yang begitu mementingkan tentang adab sopan walaupun saya seorang lelaki yang sering dikaitkan dengan egoisme.

“Tidak kiralah dari segi adab ketika makan atau bercakap, kita perlu menjaga tatasusila kita terhadap semua orang termasuklah kekasih.

“Dan saya tidak malu untuk membuang ego saya apabila berdepan dengan orang sekeliling. Rasanya, peredaran zaman yang terlalu mengikut cara Barat telah merosakkan pemikiran anak-anak muda sekarang,” tegasnya.

Mahu dibelai

Membuka bicara pula tentang cinta, lelaki berusia 27 tahun ini belum mempunyai seseorang yang bertakhta di hatinya.

Kata Zain, memandangkan usia bergelar pelakon baru saja mencecah dua tahun, terlalu banyak perkara yang perlu dikejarkan dalam karier seninya agar dia dapat berdiri kukuh seperti beberapa selebriti lain.

“Buat masa ini saya tidak memikirkan tentang cinta kerana mahu mengukuhkan dulu karier seni. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya cinta itu hadir dalam hidup saya.

“Cuma, bila dah bercinta, si kekasih perlulah faham dengan kerja saya yang sentiasa sibuk tidak mengikut masa. “Maklumlah, bila dah serius dalam sesebuah perhubungan, sudah pasti kita akan ke alam perkahwinan.

“Justeru, saya perlu mengumpul wang dan harta sebaik mungkin untuk memulakan sebuah keluarga,” tuturnya yang berhasrat menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun.

Ditanya pula mengenai ciri-ciri wanita idaman, ujar adik kepada penyanyi Sasha Saidin (Elite) ini, dia suka jika wanita yang didampinginya itu prihatin dengan dirinya.

“Saya seorang yang agak sensitif. Sebab itu kalau boleh saya inginkan seorang kekasih yang prihatin. Dengan erti kata lain, saya mahu wanita itu melakukan sesuatu untuk saya tanpa diminta.

“Selain itu dia juga perlu menghargai diri saya kerana saya akan menghargai dia lebih daripada apa yang dia lakukan untuk saya,” ujar Zain.

Dalam pada itu, Zain juga suka menerima belaian kasih sayang kerana baginya ia dapat menguatkan lagi sesebuah hubungan cinta.

“Apabila kekasih saya itu membelai saya, ia membuatkan diri rasa dihargai.

“Rasanya bukan sahaja dalam perhubungan cinta, bahkan apabila kita disayangi keluarga atau dibelai dan dimanjakan oleh adik beradik kita termasuklah ibu dan ayah, ia lebih merapatkan hubungan di antara keluarga kita,” katanya.

Mahu menyanyi

Jika melihatkan perkembangan kerjaya lakonan Zain, namanya semakin memuncak dengan membintangi pelbagai drama termasuklah yang terbaru, drama Anissa yang kini sedang rancak disiarkan melalui slot Samarinda, di TV3.

Bagaimanapun, keghairahan seninya bukan pada lakonan kerana cita-cita Zain sebenarnya adalah ingin menjadi seorang penyanyi profesional yang berjaya.

“Diakui, saya bukanlah pencinta bidang lakonan, tetapi rezeki saya lebih ke arah bidang tersebut dan saya terima dengan tangan terbuka.

“Mungkin ada yang tahu saya pernah mempunyai sebuah kumpulan bernama Family Project bersama Sasha dan bekas kakak ipar saya, Hana. Tetapi kumpulan itu berkubur sahaja kerana menghadapi masalah dalaman.

“Bagaimanapun, saya tetap teruskan minat saya dalam muzik dengan menghasilkan beberapa buah lagu bersama rakan saya, DJ Anowl,” katanya.

Zain mula mencipta beberapa buah lagu berkonsep R&B termasuklah lagu Hari Raya berjudul Rayeah.

Antara lagu-lagu lain ialah Cinta Jelita, Niat Khalifah, Jiwa Pujangga dan A-City Crunk.

“Ini baru permulaan. Tidak lama lagi saya akan menghasilkan sebuah album berbentuk EP dan ia akan dijual menerusi laman Facebook saya.

“Harap-harap lagu-lagu tersebut nanti diterima ramai dan saya akan berusaha membawa muzik-muzik saya itu menembusi pasaran luar negara,” katanya nekad.

Foto oleh SAMUEL ONG

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan