Kompilasi Terbaru Rossa

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Rossa ALBUM: Harmoni Jalinan Nada & Cerita LAGU PILIHAN: Ku Menunggu, Memeluk Bulan dan Tegar EDARAN: Suria Records

SELEPAS tiga tahun tidak muncul dengan album baru, kini Rossa kembali dengan album kompilasi berjudul Harmoni Jalinan Nada & Cerita.

Menariknya dalam album ini, ia menggabungkan kesemua lagu terbaik dan popular miliknya sepanjang penerbitan lima buah album sebelum ini.

Mempertaruhkan sebanyak 11 buah lagu, antara lagu-lagu lama yang dimuatkan dalam album ini ialah Aku Bukan Untukmu, Atas Nama Cinta, Ayat Ayat Cinta, Hati Yang Terpilih, Hati Yang Kau Sakiti, Tegar, Malam Pertama, Hati Yang Terpilih, Hey Ladies dan Pudar.

Album tersebut juga turut menampilkan tiga buah lagu baru iaitu Memeluk Bulan, Jagad Khayalku dan Ku Menunggu sebagai tanda terima kasih buat peminat-peminat Rossa.

Mendengar satu persatu lagu-lagu dalam album ini, ia membuatkan perasaan dan emosi terbuai seketika, tambah pula apabila mendengar suara Rossa yang gemersik itu.

Pada pendapat OopStarz!, lagu Memeluk Bulan ciptaan Enda merupakan sebuah lagu unik untuk diperdengarkan kerana mempunyai elemen-elemen sensual.

Lagu Jagad Khayalku karya Titi Dj pula mempunyai kekuatan tersendiri kerana ia mengisahkan jiwa seseorang yang sering berkhayal tentang kehadiran sebuah cinta sehingga ia terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Dalam pada itu, pastinya ramai yang menyukai lagu Ku Menunggu di mana ia merupakan sebuah lagu yang mudah untuk diingati.

Lebih-lebih lagi, lagu berbentuk akustik itu pasti mengingatkan kepada lagu Ku Merindu yang pernah dibawakan oleh Shah dan Ella kerana ia mempunyai melodi yang sama. Ini mungkin disebabkan kerana pencipta lagu tersebut adalah Mery LC.

Cuma sentuhan muziknya yang ringan diirngi dengan petikan gitar akustik membuatkan lagu ini sedikit berbeza dengan lagu Ku Merindu.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, album ini tidak rugi dibeli kerana kesemua lagu-lagu yang dimuatkan adalah yang terbaik sepanjang pembabitan Rossa dalam bidang muzik.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan