Menang Produk Kecantikan RM5 Ribu Sambil Tonton Anuar Zain

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anuar Zain bakal membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur pada Julai ini.
Anuar Zain bakal membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur pada Julai ini.

PETALING JAYA: Buat julung kalinya, penyanyi lelaki tersohor tanahair Anuar Zain akan mengadakan persembahan di Menara Kuala Lumpur bersempena dengan 'Up, Close & Personal' @ Menara Kuala Lumpur.

Para peminat penyanyi lagu Sedetik Lebih ini bakal menyaksikan persembahan hebat dan eksklusif beliau pada 15 dan 16 Julai ini di Mega View Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter.

Acara ini akan turut dihiburkan dengan celoteh pelakon popular Afdlin Shauki, selaku pengacara pada majlis tersebut.

Majlis makan malam eksklusif ini di adakan bersempena dengan sambutan Festival Kuala Lumpur yang diraikan sepanjang bulan Julai.

"'Up, Close and Personal @ Menara Kuala Lumpur' adalah acara yang memberi ruang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra.

"Kami memilih Anuar Zain sebagai artis lelaki pertama mengegarkan 'Up, Close & Personal' ini kerana dia merupakan di antara artis lelaki yang terbaik buat masa kini dengan populariti dan auranya yang tersendiri," " kata Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said.

Harga untuk menyaksikan persembahan hebat ini bermula dari RM500 seorang. Ianya terhad kepada 250 orang tetamu yang terawal membeli tiket bagi setiap hari tersebut.

Di samping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000 secara keseluruhannya.

Untuk tempahan tiket, hubungi 019 262 4987 (Aishah), 013 333 1222 (Tan Poh Im) atau talian umum (03 2020 5444 / 03 2020 5499).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan