Laurence Fishburne Tinggalkan 'CSI'

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Laurence Fishburne
Laurence Fishburne

LOS ANGELES: Bintang utama siri CSI, Laurence Fishburne akan meninggalkan siri tersebut hanya selepas dua musim membintanginya.

Agensi berita Reuters yang memetik beberapa penerbitan Hollywood melaporkan, Fishburne, 49, yang memegang watak ahli patologi Dr Raymond Langston, telah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya apabila siri tersebut memasuki musim baru September depan. Ia adalah musim CSI yang ke-12.

Pemenang anugerah Emmy dan anugerah Tony itu menyertai siri CSI pada musim 2008-2009 sebagai pengganti kepada pemegang watak utama asal siri tersebut, William Peterson.

CSI berada dalam ranking ke-10 siri televisyen paling popular di Amerika Syarikat musim lalu dan ditonton oleh 13 juta penonton, jumlah yang jatuh mendadak berbanding 17.6 juta penonton sejak Petersen meninggalkan siri tersebut.

CBS, penerbit siri itu masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung status Fishburne atau siapa yang bakal mengambil alih tempatnya.

Bintang filem Matrix itu dikatakan sedang menimbang untuk kembali ke layar perak sepenuh masa.

Walaupun rating CSI telah menurun di Amerika Syarikat tetapi francais “CSI: Miami" dan "CSI: New York" adalah merupakan produk televisyen negara itu yang paling berjaya pada era ini apabila dieksport dan diberi lesen tayangan di lebih 200 buah negara seluruh dunia.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan