Wali Band Buat Konsert Di Nilai Julai Depan

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wali Band
Wali Band

SEREMBAN: Kumpulan muzik popular Indonesia, Wali Band terpilih sebagai artis yang akan menjayakan Konsert Amal Baik Baik Sayang di Stadium Tertutup Nilai di sini pada 15 dan 16 Julai ini. Ia akan diadakan pada pukul 8 malam.

Menurut Pengerusi Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim selaku penganjur, Wali Band menjadi pilihan kerana yakin kumpulan itu mampu mempromosikan Nilai ke luar negara.

"Kami berhasrat untuk menjadikan konsert ini sebagai platform untuk menarik ramai pelancong dari dalam dan luar Negeri Sembilan.

"Selain itu, kita menyasarkan untuk memberi sebanyak 25 peratus daripada hasil keuntungan konsert ini kepada badan kebajikan Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (Pekerti)," kata beliau ketika sidang media konsert tersebut di Klana Resort, di sini, Rabu.

Turut hadir isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin yang merupakan penaung Pekerti.

Kata Ismail, selain populariti Wali Band, kumpulan yang dianggotai oleh Faank, Apoy, Tomi dan Ovie itu turut menyampaikan lagu-lagu popular dan bermesej positif seperti Cari Jodoh, Baik Baik Sayang, Tobat Maksiat, Aku Cinta Allah dan Mari Sholawat.

Selain kumpulan muzik berkenaan penyanyi Ito daripada kumpulan Blues Gang yang popular dengan lagu Apo Nak Dikato dan Mak Siti akan turut menjayakan persembahan berkenaan.

Salbiah berkata, wang sumbangan daripada konsert tersebut akan diberikan kepada rumah anak-anak kurang upaya (OKU) PDK Rantau yang menempatkan 23 orang anak OKU.

Menariknya, pihak penganjur akan menyediakan kemudahan bas di hentian bas Seremban bermula pukul 6 petang pada dua hari konsert tersebut untuk memudahkan orang ramai bergerak ke stadium berkenaan yang mampu memuatkan 5,000 penonton.

Tiket sudah dijual pada harga RM50, RM100 dan RM300 manakala untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun akan mendapat diskaun 50 peratus daripada harga asal.

Ia boleh didapati di tingkat 7, Bangunan Yayasan Seremban (017-2580656), Fashar Event & Entertainment (06-6017383 atau 06-6015891).

Selain itu, penganjur turut melakukan promosi jualan tiket di pasar raya Giant, Nilai pada 30 Jun dan siri penjelajahan di setiap pasar malam daerah seluruh Negeri Sembilan bermula Ahad ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan