Fox Perkenal Program Antarabangsa Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siri baru Fox, Lie To Me akan mula ditayangkan pada 13 Jun dalam pilihan audio bahasa Malaysia.
Siri baru Fox, Lie To Me akan mula ditayangkan pada 13 Jun dalam pilihan audio bahasa Malaysia.

KUALA LUMPUR: Saluran Fox International Channels (FIC) dengan kerjasama stesen televisyen Astro kini memperkenalkan kemudahan pilihan trek audio yang dialih suara dalam Bahasa Malaysia pada waktu perdana untuk program-program menerusi saluran Fox (Saluran Astro 710) pada Jun ini.

Bermula Isnin depan, dua program baru iaitu Primeval musim pertama dan kedua dan Lie to Me musim ketiga juga akan bersiaran dengan pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan program-program yang sedia ada seperti NCIS (musim kelapan), White Collar (musim kedua), Modern Family (musim kedua), Bones (musim keenam) dan Criminal Minds (musim keenam) juga dalam pilihan audio tersebut.

"FIC bersama-sama Astro amat teruja untuk membawakan rancangan televisyen terbaik dari Amerika Syarikat kepada penonton melalui pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana di saluran Fox.

"Dengan adanya saluran Fox yang menyajikan rancangan kegemaran ramai dalam bahasa kebangsaan, kami akan berusaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati hiburan terbaik yang pertama kali ditayangkan," kata Pengarah dan Ketua Wilayah bagi Fox International Channels di Malaysia, Basil Chua dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Pilihan audio Bahasa Malaysia pada waktu perdana saluran Fox boleh didapati mulai dari pukul 9.50 malam hingga 11.30 malam pada setiap hari biasa dan pukul 8 malam hingga 11.15 malam pada hujung minggu.

Fox merupakan tuan rumah bagi beberapa program popular di Malaysia seperti NCIS, Bones, Criminal Minds dan White Collar, di mana majoriti programnya dikhususkan dalam genre drama jenayah yang mendapat perhatian penonton Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Golongan yang menggemari siri komedi pula boleh menikmati rancangan seperti Modern Family dalam dimensi yang baru melalui pilihan dalam Bahasa Malaysia.

Fox yang dilancarkan pada Jun 2010 boleh didapati menerusi Saluran Astro 710 melalui Pakej Variety.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan