Andi Lancar Klip Video Pada Tarikh Keramat

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andi A Merican
Andi A Merican

PETALING JAYA: Penyanyi dan penerbit lagu, Andi A Merican, 28, (Andi) memilih 9 Jun (hari ini) untuk melancarkan klip video single pertamanya iaitu Solo di Internet bagi memperingati tarikh dia membuat keputusan untuk bergerak secara solo daripada kumpulannya Infinatez, dua tahun lalu.

Kata Andi, pada tarikh itu juga dia bersama bekas kumpulannya Infinatez telah ditubuhkan dan menganggap angka 9 sesuatu yang keramat buatnya.

"Tarikh 9 Jun mempunyai banyak makna dalam hidup saya sebagai penyanyi. Kebetulan pada tarikh yang sama dua benda penting iaitu penubuhan kumpulan Infinatez ditubuhkan lebih enam tahun lalu selain saya membuat keputusan menjadi penyanyi solo pada tarikh yang sama.

"Kebetulan, lagu Solo adalah single pertama saya sejak bergerak sendiri. Saya sengaja pilih tarikh itu untuk lancarkan klip video ini di Internet," cerita Andi kepada mStar Online, Rabu.

Berkongsi tentang pengalamannya sejak bergerak solo, Andi berkata, dia kini berasa lebih bebas dan puas untuk berkarya walaupun perlu bersusah-payah untuk mengukuhkan jenamanya semula selepas dua tahun menyepi.

"Sebelum ini, orang kenal saya ketika bersama Infinatez dalam program Gangstarz tetapi apabila saya membuat keputusan untuk bawa haluan sendiri, saya perlu bekerja-keras.

"Hakikatnya, bukan mudah untuk mengukuhkan semula jenama selepas dua tahun menyepi. Namun, saya gembira dan bebas untuk buat apa yang perlu dan sesuai untuk karier sendiri," katanya.

Selepas melancarkan klip video tersebut bermula hari ini, Andi merancang untuk tampil dengan single kedua pula selepas Hari Raya nanti.

"Insya-Allah, selepas lagu Solo, saya akan keluarkan single kedua pula. Jika lagu Solo, saya bekerjasama dengan Altimet, lagu kedua nanti saya akan menampilkan Mimi (One Nation Emcee) pula.

"Sebenarnya, saya sudah siap merakam pelbagai lagu yang boleh dimuatkan dalam album, cuma tunggu masa sesuai untuk dipasarkan. Mungkin album penuh akan keluar pada tahun depan," jelasnya.

Klip video Solo yang menampilkan Altimet itu boleh ditonton di laman YouTube dan akaun Facebook Andi bermula Khamis.

Selain gandingan Andi dan Altimet, klip video arahan pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar itu turut menampilkan pelakon Julia Ziegler dan penjaga gol bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan