Khairul Fahmi Berlakon Muzik Video Andi

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Populariti Khairul Fahmi menjadi salah satu penyebab Andi memilih pemuda itu untuk berlakon dalam muzik video Solo.
Populariti Khairul Fahmi menjadi salah satu penyebab Andi memilih pemuda itu untuk berlakon dalam muzik video Solo.

PETALING JAYA: Penyanyi Andi A Merican sanggup menunggu penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk melakonkan muzik video pertamanya berjudul Solo yang akan dilancarkan pada Khamis ini.

Andi berkata, dia mengambil masa selama tiga bulan menunggu maklum balas Khairul Fahmi kerana pemain bola sepak itu sibuk dengan perlawanan dan latihan selain merupakan anggota pasukan bola sepak Kelantan.

“Saya tunggu Apek selama tiga bulan untuk menjayakan muzik video ini. Jadi, apabila dia mempunyai masa terluang dan boleh turun ke Kuala Lumpur untuk latihan pasukan kebangsaan baru dia boleh melakukan penggambaran itu dan pihak produksi perlu mengikut masanya.

“Bekerjasama dengannya sangat seronok kerana dia seorang yang merendah diri dan kelakar,” kata Andi kepada mStar Online.

Selain Fahmi, muzik video itu turut menampilkan penyanyi Altimet, pelakon Julia Ziegler dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar. Andi turut menggunakan khidmat Dira untuk mengarah muzik video berkenaan buat pertama kalinya.

Andi tidak menafikan pengaruh setiap selebriti ini mampu memberikan impak kepada muzik video yang mempunyai jalan cerita tersendiri.

Muzik video tersebut mengisahkan tentang dua pemuda iaitu Andi dan Altimet yang terlibat dengan penyeludupan sehingga ditahan di penjara. Bermula dari situ, Andi mengimbas kembali liku kehidupan yang dilaluinya bersama-sama dua sahabat iaitu Julia Ziegler dan Khairul Fahmi.

Selain itu, dia turut memuji cara kerja Dira dan pasukan produksi Splaspan yang turut bertindak sebagai pengarah bersama muzik video yang mengambil konsep idea daripada sebuah filem Hollywood itu.

“Saya turut selesa bekerja dengan Dira kerana dia merupakan seorang hos yang bagus dan sangat teruja untuk bergelar pengarah sejak dulu lagi. Jadi setelah duduk berbincang dia bersetuju untuk menolong saya membikin muzik video ini,” katanya yang turut berkawan baik dengan Dira.

Trailer muzik video berkenaan boleh ditonton menerusi laman sesawang YouTube di www.youtube.com/watch?v=s4cIW2aSigo.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan