Aril (AF7) Mahu Berlakon Filem Kerana Klip Video 'Puntianak"

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aril sudah bersedia berlakon filem - Foto YAP CHEE HONG
Aril sudah bersedia berlakon filem - Foto YAP CHEE HONG

KUALA LUMPUR: Selepas berlakon beberapa buah drama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 7 (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril, 26, menyatakan hasratnya untuk berlakon filem pula.

Adik kepada penyanyi Izwan Pilus ini berkata, keinginan untuk berlakon filem mula dirasai sejak melakonkan watak lelaki lurus bendul dalam klip video lagu tema filem Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP) bertajuk Hanya, yang dinyanyikan oleh Aril sendiri.

"Walaupun sekadar klip video biasa, menggalas watak seorang lelaki lurus bendul bukannya mudah kerana saya perlu melakonkan seperti watak utama dalam TAAT yang dibawakan oleh Zahiril Adzim. Itu membuatkan saya berkobar-kobar ingin terjun ke bidang perfileman.

"Lagipun, dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian," katanya selepas pelancaran lagu tema filem TAAP iaitu Hanya, di Red Box, Garden, Midvaley, di sini, Selasa.

Tambah Aril, dia tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya.

"Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional. Oleh itu, sudah pasti saya tidak memilih watak yang ditawarkan. Saya harap selepas ini ada penerbit yang sudi memberi ruang kepada saya dalam karya filem yang diterbitkan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita mengenai klip video Hanya, penggambaran tersebut dirakam selama sehari di Teratak Angah, Kemensah, Ulu Klang, Selangor.

Dalam klip video tersebut, Aril membawakan watak lelaki lurus bendul yang berkenalan dengan Puntianak dan mula jatuh cinta dengan makhluk tersebut.

Pengarahnya, Shuhaimi Lua berkata, Aril berjaya membawakan karakter lurus bendul yang dilakonkan. Dia juga mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan.

"Aril seorang artis yang sangat berdisiplin dalam kerjanya dan ia memudahkan kerja kami jadi lebih cepat.

"Saya harap, klip video ini dapat diterima ramai dan bagi yang suka berkaraoke, ia sudah pun berada di semua premis RedBox di seluruh Malaysia," ujarnya.

Filem TAAP bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Julai depan dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Zahiril, Sazzy Falak dan Nurul Wahab.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan