Yusry & Lisa, Hubungan Lebih Matang

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa dan Yusry tidak segan menunjukkan kemesraan di khalayak pada sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19. Foto BRIAN MOH
Lisa dan Yusry tidak segan menunjukkan kemesraan di khalayak pada sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19. Foto BRIAN MOH

CYBERJAYA: Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.

Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.

"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula.

"Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, di sini, Isnin.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu,

"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.

"Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.

Bagaimanapun, tegas Lisa, perhubungannya dengan Yusry tidak ada kaitan untuk dia mendapat ruang bagi membintangi mana-mana filem terbitan produksi KRU.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan