Zizan Terpaksa Tidur Siang

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak

LANGKAH Zizan menyertai industri hiburan tempatan sebagai seorang pelawak bermula selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak (RL) pada tahun 2007.

Tidak menyangka dengan rezeki yang berada di hadapan, tawaran demi tawaran diberikan kepada Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak tanpa henti.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima, anak jati Terengganu ini tidak pernah menyangka dirinya mampu berdiri teguh sebaris dengan artis-artis popular lain pada hari ini.

Nama Zizan menjadi lebih hangat setelah mengacara program Jozan Show menerusi saluran Astro Warna bersama Johan, yang merupakan pemenang ketiga RL.

Dan sejak itu, Zizan dan Johan sering bergabung menjayakan pelbagai program televisyen sehinggalah menyertai pertandingan Maharaja Lawak bersama.

Ternyata keakraban mereka jelas dilihat kerana keserasian yang dimiliki. Lebih-lebih lagi selepas 10 minggu bertarung dalam Maharaja Lawak mereka masih lagi bertahan.

Namun, ramai yang tidak tahu, sebenarnya, selepas bekerja, kedua-dua mereka tidaklah rapat seperti yang ditonton di televisyen.

“Benar, ramai yang bertanya adakah kami juga akrab di luar. Memang kami dah rasa macam adik beradik tetapi apabila di luar, masing-masing buat hal tersendiri.

“Jangan ingat kami gaduh pula ya, hahaha. Tetapi, apabila tibanya masa kerja, kami mampu bersatu dan mempersembahkan lawak dengan baik, Alhamdulillah,” katanya.

Seperti yang diketahui, selain sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak bersama Johan, dia turut mengacara program hiburan popular TV3, Melodi serta sedang sibuk di set penggambaran filem King Kapchai.

Dengan kesibukan melunaskan tawaran-tawaran kerja, Zizan tidak pernah mengeluh dengan kerja yang perlu dilaksanakan kerana peluang seperti ini belum tentu dapat di masa akan datang nanti.

“Kalau nak cakap fasal pembahagian masa, saya pun tak tahu bagaimana saya mampu lakukan semua kerja dalam satu masa.

“Sehinggakan saya tidak sempat membuat persiapan untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak bersama Johan dan hanya ada masa beberapa jam sahaja sebelum siaran langsung.

“Apa-apa pun, saya tidak pernah mengeluh dan hanya membuat yang terbaik. Asalkan para peminat berpuas hati dengan kerja saya, itu sudah memadai,” katanya.

Tambah Zizan, menjadi lumrah buatnya apabila masa tidurnya telah berubah di mana dia akan tidur pada siang hari dan bekerja di sebelah malam.

Bagaimanapun, demi menjaga tenaga dan kesihatan, Zizan akan memastikan pengambilan makanan tambahan amat penting buatnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan