Rosnan Rahman Sedih Lepaskan Kumpulan Mak Yong IB

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnan Rahman
Rosnan Rahman

KUALA LUMPUR: Pak Yong Negara, Rosnan Rahman sedih apabila terpaksa melepaskan kumpulan Mak Yong, Istana Budaya (IB) yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu berikutan bakal berpindah ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Julai depan.

Dia yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Kanan di JKKN, mengakui bimbang terhadap perkembangan kumpulan Mak Yong tersebut.

"Saya sedih bagaikan terpaksa meninggalkan anak, kumpulan Mak Yong yang saya tubuhkan sejak 10 tahun lalu ini sangat bermakna buat saya, kami sudah beraksi sampai ke pentas dunia.

"Saya harap selepas ini ada yang menyambungnya, saya tidak mahu pengiktirafan Unesco terhadap Mak Yong sebagai warisan dunia ditarik balik kerana tidak ada pelapis," ujarnya yang bakal menjayakan projek terakhir bersama IB iaitu teater Dewa Indera Indera Dewa, pada 15 dan 16 Jun ini.

Biarpun sudah tidak bersama kumpulan Mak Yong IB, dia berjanji masih meneruskan usaha mempertahankan budaya warisan tersebut.

"Saya tidak akan berhenti di sini, biarpun tidak bekerja di IB tapi melalui budi bicara antara dua pihak mereka masih benarkan saya untuk menyertai program yang emlibatkan Mak Yong di sini.

"Saya juga mungkin akan diberi tanggungjawab oleh JKKN untuk satu projek melibatkan warisan Mak Yong ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Muhammad Juhari Shaarani pihaknya masih mencari penganti yang bakal mengalas tanggungjawab yang dilepaskan oleh Rosnan.

"Saya juga tengah risau tentang kumpulan Mak Yong tersebut, bukan sennag untuk mencari penganti yang seperti dia. Biarpun berasa berat hati tapi saya turut gembira kerana kenaikkan pangkatnya.

'Saya percaya pihak JKKN sudah mempunyai projek khas untuk Rosnan terajui terutamanya mengembangkan budaya warisan Mak Yong untuk negara," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan