Filem ... Dalam Botol Buka Jalan Arja Lee

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arja Lee bersama pelakon Wan raja yang turut membintangi filem ...Dalam Botol
Arja Lee bersama pelakon Wan raja yang turut membintangi filem ...Dalam Botol

KUALA LUMPUR: Pelakon baru, Azharudin Ramli, 27, atau dikenali sebagai Arja Lee memberitahu selepas membintangi filem ... Dalam Botol kehidupannya menjadi lebih dikenali.

Katanya, biarpun filem tersebut mendapat kritikan hebat, namun sebaliknya ia memberi impak positif terhadap dirinya terutama dari segi kerjaya.

"Saya memang terhutang budi dengan filem tersebut kerana selepas filem itu ditayangkan, saya akui lebih dikenali dan mendapat banyak tawaran.

"Malah ramai penerbit yang nampak bakat saya dalam bidang ini dan menawarkan saya berlakon untuk filem dan drama mereka," katanya.

Biarpun menganggap dirinya belum mempunyai peminat, namun Arja percaya kewujudan dalam industri ini semakin disedari.

"Ya, saya dapat rasakan perubahan selepas filem tersbeut ditayangkan ramai yang menegur saya. Mereka tidak tahu nama saya tapi memanggil saya Botol atau Ruby.

"Saya tidak kisah malah berasa sangat terharu sebab kebanyakkannya yang menegur adalah golongan mak cik - mak cik dan mereka beri semangat kepada saya," katanya.

Tambah Arja, selepas beberapa tahun dalam industri seni tanah air, dia kini lebih pasti bahawa bidang lakonan adalah pilihan kerjayanya.

"Saya sudah beberapa tahun dalam industri dan mencuba pelbagai bidang, saya pernah jadi penari dan menyertai beberapa pertandingan menyanyi dan program realiti.

"Ketika itu saya tidak tahu mana satu bidang yang paling sesuai dengan saya dan boleh pergi jauh, tapi kini saya lihat rezeki saya terbuka ke bidang lakonan," katanya yang turut membintangi teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ).

Dalam pada itu, kesempatan menjalani latihan praktikal di Istana Budaya selama tiga bulan tidak akan disia-siakan.

"Saya sedang menjalani praktikal di IB dari 11 Mei hingga 11 Ogos depan, pada asalnya saya septutnya ke Metrowelth Production tetapi disebabkan dapat tawaran untuk berlakon teater KMJ saya terpaksa minta tukar ke IB.

"Alhamdullilah selepas ini saya akan berlakon teater Dewa Indera Indera Dewa bersama Rosnan Rahman, ini termasuk dalam projek latihan praktikal saya," ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan Teater di Universiti Sains Malaysia (USM).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan