Erul Jangka Hazama Juara AF9

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erul
Erul

KUALA LUMPUR : Peserta program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang tersingkir pada konsert kesembilan Sabtu lalu, iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul) mengjangkakan Hazama layak menjadi juara program itu berdasarkan kualiti dan kelebihan yang dimilikinya.

Ujar Erul, Hazama yang juga bekas peserta AF4 adalah calon kegemarannya untuk menjuarai musim terakhir AF9 kerana mempunyai pesona, karakter yang disenangi ramai dan kekuatan vokal tersendiri.

"Di antara empat finalis yang akan bersaing di konsert akhir nanti, saya memilih Hazama untuk menjuarai program itu. Dia mempunyai karakter dan imej yang lucu dan menyenangkan.

"Kualiti vokal dan pengalaman yang dimilikinya itu melayakkan dia untuk menjadi juara. Dia juga seorang rakan yang baik dan tidak kedekut ilmu kerana banyak berkongsi pengalaman dan ilmunya dengan saya," katanya yang ditemui pada sidang media konsert tersebut di Astro, Sabtu lalu.

Ditanya pula tentang perancangannya selepas tersingkir daripada AF9, jejaka dari Kuala Lumpur ini berkata, walaupun dia kecewa kerana gagal mara ke pentas akhir, perjuangannya akan diteruskan demi bergelar penghibur yang berjaya.

"Berdasarkan kajian yang saya buat, imej dan muzik K-Pop mampu untuk menarik perhatian peminat hari ini.

"Saya akan jadikan imej K-Pop yang saya ketengahkan ini sebagai ikon dan panduan untuk terus mengembangkan bakat," katanya.

Pada konsert separuh akhir, malam Sabtu lalu, Erul tersingkir daripada persaingan setelah mendapat undian terendah iaitu 21 peratus.

Konsert akhir AF9 pada 12 Jun ini bakal menyaksikan persaingan Azri, Fina, Hazama dan Lena dalam merebut peluang bergelar juara terakhir program itu.

Ia akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam dari perkarangan Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan