Pink Lahirkan Bayi Perempuan

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pink dan suaminya, Carey Hart
Pink dan suaminya, Carey Hart

LOS ANGELES: Penyanyi Pink atau nama sebenarnya Alicia Moore, 31, selamatkan melahirkan bayi perempuan pada malam Khamis (waktu tempatan) di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, di sini, melalui proses pembedahan Caesar.

Kegembiraan penyanyi itu dan suaminya, pelumba Carey Hart telah dikongsikannya dalam kemaskini di akaun Twitter miliknya pada pagi Jumaat.

"Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan bayi perempuan kami, Willow Sage Hart.

"Dia seorang bayi yang cantik, sihat dan kelihatan seperti wajah ayahnya. Ini satu rahmat yang terlalu besar buat kami," demikian menurut kemaskininya pada akaun Twitter.

Penyanyi lagu Raise Your Glass itu telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada malam Khamis dan perlu melahirkan bayinya secara pembedahan kerana keadaan bayi itu berada dalam kedudukan songsang.

"Bayi Pink berada dalam kedudukan songsang, jadi pihak hospital terpaksa melakukan proses Caesar jika kedudukan bayi itu tidak dapat dibetulkan.

"Kali terakhir penyanyi itu melakukan pemeriksaan adalah pada 12 Mei lalu dan dia dijangka melahirkan anak dalam tempoh tiga minggu dari tarikh itu. Kelahiran tersebut adalah tepat pada waktunya," kata satu sumber.

Pink mengumumkan kehamilannya pada November lalu, namun dia turut mengakui bimbang untuk berkongsi berita itu kerana pernah mengalami keguguran beberapa kali sebelum ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan