Ash Sanggup Buang Ego Demi Gabba Gabba!

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vokalis kumpulan Gabba Gabba!, Ash - Foto MUHAMMAD AKIF
Vokalis kumpulan Gabba Gabba!, Ash - Foto MUHAMMAD AKIF

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Gabba Gabba! iaitu Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, 28, rela dianggap seperti orang baru dan naif di persada muzik demi mendapatkan sokongan daripada stesen radio.

Ujar Ash, walaupun sudah berpengalaman selama 10 tahun dalam muzik, ia bukan satu kelebihan untuk mendapatkan sokongan daripada stesen radio.

Dengan memilih untuk bersikap seperti pendatang baru dan naif, sekurang-kurangnya dia boleh mencuba nasib dan bermula daripada bawah semula.

"Memang saya sudah lama berkecimpung dalam muzik, malah dulu pun saya adalah anggota kumpulan Bau tapi itu cerita lama.

"Untuk perjuangan bersama Gabba Gabba! saya lebih senang mengambil pendekatan seperti orang baru dan naif.

"Bagi saya, cara itu lebih berkesan untuk meraih peluang lagu-lagu kami diputarkan di radio," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Tambah bekas suami kepada pengacara Dira Abu Zahar itu, dia tidak kisah dianggap sedemikian bagi memperjuangkan muzik proto punk bersama Gabba Gabba.

"Saya tidak kisah jika orang menganggap saya bodoh atau orang baru. Saya buang ego untuk bermula daripada bawah seperti pendatang baru yang lain.

"Bagi saya, bukan lagi populariti, glamor atau kekayaan yang menjadi idaman sekarang. Perjuangan saya dan Gabba Gabba! hanyalah ingin berkongsi muzik kami," jelasnya.

Ditanya tentang pandangannya terhadap perkembangan kerjaya Dira sebagai pengacara program Melodi, Ash berkata, dia tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik untuk bekas isterinya itu.

"Apa juga perkara yang dia lakukan, saya hanya tumpang gembira dan doakan yang terbaik saja.

"Banyak yang saya pelajari daripada kesilapan lalu dan kini hidup saya hanya untuk membahagiakan anak saya, Tengku Anggun Deandra," tuturnya.

Kumpulan Gabba Gabba! yang dianggotai oleh Ash, Daud, Wan Jah, An dan Indra kini popular dengan lagu-lagu seperti Lambat Layu, Raksasa dan Berdansa Bersama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan