'X Top Model Search 2011' Cari Bakat Baru

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majlis pelancaran X Top Model Search 2011, baru-baru ini.
Majlis pelancaran X Top Model Search 2011, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Program pencarian model tempatan iaitu X Top Model Search 2011 kini bermula bagi melakukan transformasi gadis-gadis biasa menjadi model-model terkenal seperti Amber Chia, Tengku Azura, Ling Tan dan ramai lagi.

Para peserta bakal bersaing untuk merebut hadiah utama iaitu berjalan di pentas peragaan di Beijing Fashion Week, kontrak model bersama Elite Hong Kong Model Management dan mengikuti kembara supermodel antarabangsa ke Paris atau New York.

Pemenang akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM100 ribu.

"Kita harus mencari bakat-bakat baru dan memberikan peluang kepada para gadis untuk merealisasikan potensi diri mereka," kata penganjurnya, Victoria Vikki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Program ini akan mempertandingkan beberapa sub-elemen iaitu X Shot, X Eco Fashion, X Walk, X Character, X Creative, X Challenge dan X Smart dalam menilai para peserta.

Elemen-elemen tersebut akan dikumpulkan bagi menentukan peserta yang memiliki X Factor untuk diangkat sebagai pemenang.

10 finalis berpeluang untuk mengikuti latihan peragaan di bawah agensi model antarabangsa Elite HK Model Management Ltd.

Pemenang akan melakukan tugasan sulung dengan berjalan di pentas peragaan di Beijing Fashion Week, selain mengalami sendiri kehidupan sebenar seorang model antarabangsa di Paris atau New York.

Panel juri pertandingan ini terdiri daripada penggiat industri fesyen, supermodel, artis dan selebriti dari dalam dan luar negara.

Bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini, beberapa pertunjukkan jalanan akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih yang akan diumumkan kelak.

Peringkat akhir X Top Model Search 2011 akan berlangsung pada 23 Julai di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor dengan tema Fashion on Ice.

Ia akan menjadi program pencarian model tempatan pertama yang bersiaran di saluran televisyen fesyen antarabangsa iaitu Fashion TV.

Program pencarian ini dicetuskan oleh Centre for Attention Sdn Bhd dan X NUDE dengan kerjasama Hong Kong Elite Model Management.

Ia mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Pelancongan Hong Kong.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan