Penelope Cruz Mengaku Suka Goda Lelaki - Berita Hiburan | mStar

Penelope Cruz Mengaku Suka Goda Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penelope Cruz
Penelope Cruz

SEPERTI yang diketahui, Penelope Cruz seorang aktres yang penuh dengan aktiviti sosial selain berlakon.

Kerana itu, aktres Sepanyol tersebut memiliki hobi yang unik di mana dia suka menggoda lelaki yang berada di sampingnya.

Kata Cruz, 'aktiviti' tersebut membuatkan dia rasa lebih bersemangat menjalani kehidupan hariannya.

"Seperti kebanyakan wanita lain, saya suka bermain cinta dengan lelaki-lelaki yang diminati.

"Ya, memang saya suka menggoda dan saya gembira dengan kehidupan sebegini," katanya kepada Splash News.

Bagaimanapun, beritahu Cruz, dia tidak lagi melakukan aktiviti sebegitu setelah mendirikan rumah tangga dengan Javier Bardem pada tahun lalu serta baru saja dikurniakan seorang anak bernama Leo.

"Kini kehidupan saya lebih santai dan tidak lagi bekerja keras seperti dahulu serta menjalani aktiviti menggoda lelaki lagi.

"Selain menjadi aktres, isteri dan ibu, hidup saya hanya berada di rumah dan membaca e-mel menerusi telefon Blackberry saya," selorohnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan