Kim Kardashian Nafi Hamil Sebelum Nikah

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MODEL jelita dan bintang realiti Kim Kardashian menafikan bahawa dirinya hamil yang menyebabkan dia dan kekasihnya Kris Humphries terburu-buru untuk bertunang dan berkahwin.

Pasangan yang dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan ini memberitahu sudah bersedia untuk menjalani kehidupan berkeluarga.

"Perkara ini memang gila, aku tidak hamil. Tapi memang saya sudah bersedia untuk ada bayi dan keluarga," tulisnya di laman blog peribadi miliknya.

Pasangan yang baru sahaja bertunang minggu lalu ini tidak mengumumkan tarikh tepat perkahwinan mereka. Malah hubungan mereka baru sahaja berusia lapan bulan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan