Arja Lee & Rosnan Bergabung Dalam 'Dewa Indera Indera Dewa'

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arja Lee dan Rosnan Rahman bergabung tenaga dalam teater Mak Yong Dewa Indera Indera Dewa. Foto MUHAMAD HASRUL
Arja Lee dan Rosnan Rahman bergabung tenaga dalam teater Mak Yong Dewa Indera Indera Dewa. Foto MUHAMAD HASRUL

KUALA LUMPUR: Individu yang Pak Yong, Rosnan Rahman bakal bergabung tenaga dengan pelakon sedang meningkat naik, Arja Lee bagi menjayakan teater tradisional Mak Yong berjudul Dewa Indera Indera Dewa yang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya (IB) pada 17 dan 18 Jun depan.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, teater tradisional ini dipentaskan semula berikutan mendapat permintaan daripada beberapa pihak.

"Kita pernah mementaskan teater ini pada tahun 2006 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selepas pementasan Rebab Berbisik April lalu, ramai yang mahu IB mementaskan lebih banyak lagi teater tradisional seperti ini.

"Bagaimanapun bagi pementasan kedua ini, kita akan memberi satu dimensi baru yang lebih menarik selain membawakan muka-muka baru sebagai pelakon.

"Kita juga menampilkan pelakon Arja Lee sebagai pelakon utamanya memandangkan dia sedang melakukan latihan di IB," katanya pada sidang media Dewa Indera Indera Dewa, di Istana Budaya, Jumaat.

Teater ini juga akan dipentaskan di Jabatan Kesenian & Warisan Negara, Negeri Sembilan pada 24 dan 25 Jun depan.

Dalam pada itu, Muhamed Juhari juga berkata, pementasan ini dibuat bagi menggalakkan masyarakat untuk mendekati seni budaya yang semakin ditinggalkan.

Sementara itu, Rosnan yang merangkap pengarah teater tersebut memberitahu pementasan kali ini masih mengekalkan skrip lama namun diubah menjadi lebih singkat berbanding sebelum ini.

"Jalan cerita dan skrip masih seperti dulu, saya hanya ubah dengan memendekkan lagi masa supaya kurang daripada dua jam.

"Pementasan pertama dahulu terlalu panjang sehingga lebih kurang 3 jam. Kita akan lebihkan kepada adegan lakonan, aksi, komedi dan memotong adegan nyanyian," katanya.

Selain itu ketika ditanya tentang pemilihan Arja Lee yang juga pelakon “...Dalam Botol” Rosnan berkata, pelakon itu merupakan pilihan yang paling tepat untuk membawakan watak tersebut.

"Kehadiran Arja Lee membuat latihan praktikal di IB merupakan masa yang paling tepat untuk pementasan teater ini.

"Walaupun masih baru tapi dia telah menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam terhadap watak Mak Yong ini," katanya.

Sementara itu, Arja Lee menganggap ini merupakan peluang terbaik baginya untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya rasa ini satu peluang baik buat saya dan menganggap satu cabaran besar. Ketika ditawarkan saya rasa bagaikan mimpi dan bertanya beberapa kali.

"Bagi saya ini merupakan pengalaman yang berbeza kerana saya sudah tahu berlakon dan menari tetapi masalah utama adalah dari segi bahasa yang mana mereka mnegunakan loghat Kelantan," ujarnya yang bakal memegang watak Indera Dewa.

Teater Dewa Indera Indera Dewa berkisarkan dua beradik anak raja iaitu Dewa Indera dan Indera Dewa yang pergi berburu di dusun lama pusaka peninggalan ayahanda dan bonda mereka.

Dari kisah berburu mereka berjumpa dengan Puteri Selindungan Daun yang sedang pengsan, kedua-dua adik beradik ini menghadapi berbagai rintangan dan halangan ketika cuba menyelamatkan puteri tersebut.

Tiket boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya dengan harga RM15 dan RM25 atau boleh melayari www.ticket2u.biz.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan