Farid Kamil Terkejut 'Kongsi' Kutip RM8 Juta Walaupun Kena Kritik

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil
Farid Kamil

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari, 30, mengakui terkejut dengan kutipan pecah panggung filem arahannya iaitu Kongsi sebanyak RM8 juta selepas tiga minggu ditayangkan bermula 12 Mei lalu.

Jelas Farid, walaupun filem komedi aksi yang menelan belanja RM1.82 juta (tidak termasuk promosi) itu menerima ulasan dan komen yang kurang memberangsangkan daripada pihak media, dia bagaimanapun terharu dengan sokongan masyarakat terhadap filem itu.

"Saya akui respons daripada teman media terhadap filem Kongsi kurang memberangsangkan tetapi kutipan yang diterima oleh filem ini membuktikan ia diterima oleh penonton.

"Bagi saya, segala komen daripada media akan saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan pada karya akan datang.

"Manakala sambutan luar biasa ini akan menjadi pemangkin semangat untuk saya terus menghasilkan lebih banyak filem yang digemari oleh masyarakat," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Dalam pada itu, Farid turut meluahkan perasaan terkilannya dengan tempoh tayangan yang terhad bagi filem-filem tempatan pada waktu ini.

Menurutnya, kemunculan sebuah filem baru pada setiap minggu adalah satu keadaan yang tidak adil untuk pembikin-pembikin filem.

"Bukan saya tamak atau tidak berpuas hati dengan kutipan yang diterima. Cuma, senario satu filem seminggu ini adalah tidak adil buat kami, pembikin filem.

"Saya faham dengan krisis lambakan filem menjadi faktor keputusan itu tetapi kalau sesebuah filem itu diberikan tempoh tayangan yang lebih panjang, tentu akan dapat kutipan lebih baik," katanya lagi.

Farid kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Wasiat untuk Astro Citra.

Drama arahan Faizal Ishak itu turut membariskan Sara Ali, Beto Khusairy dan ramai lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan