Kelly Clarkson Peminat Setia American Idol

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA American Idol pertama Kelly Clarkson mengakui masih lagi mengikuti dan menjadi peminat setia kepada program yang mencungkil bakatnya itu, biarpun program tersebut sudah memasuki musim kesepuluh.

"Saya salah seorang yang sangat meminati program-program seperti itu, apatah lagi American Idol yang telah membawa saya hingga ke tahap ini," ujarnya seperti dipetik Showbiz Spy, Jumaat.

Penyanyi lagu Breakaway itu mengakui sangat mencintai bidang seni suara, malah hingga saat ini dia masih berusaha meningkatkan mutu suaranya.

"Bagi saya tidak mudah untuk mempertahankan kualiti dan kepercayaan diri dalam industri ini. Setiap hari ada saja pendatang baru yang kualitinya jauh lebih baik daripada saya," ujar pemilik nama lengkap Kelly Brianne Clarkson itu.

Tambahnya, dia tidak malu untuk berkongsi rahsia dan bertukar-tukar pendapat bersama pendatang baru untuk kebaikan bersama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan