Ahmad Idham Belum Pilih Pelakon Filem Gerimis Mengundang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Idham
Ahmad Idham

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang akan memulakan penggambaran filem terbarunya, Gerimis Mengundang pada Jun depan masih belum memutuskan barisan pelakon utama filem itu.

Kata Ahmad Idham, filem percintaan yang berinspirasikan lagu popular kumpulan Slam pada 1996 itu akan menggabungkan barisan pelakon Malaysia dan Indonesia.

"Filem ini akan membabitkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Setakat ini, lokasi sudah dikenalpasti dan skrip juga sudah siap.

"Memang sudah ada beberapa nama pelakon besar dari Malaysia dan Indonesia disenaraikan.

"Cuma kita masih meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan akhir,” katanya yang ditemui pada pelancaran filem itu di Hotel The Legend, di sini, Rabu.

Mengulas lanjut tentang gabungan pelakon Malaysia-Indonesia itu, Ahmad Idham berkata keputusan itu dilakukan atas dasar kesesuaian skrip dan strategi pemasaran filem itu kelak.

"Kebetulan projek lagu nafas baru Gerimis Mengundang melibatkan penyanyi kita penyanyi Malaysia dan Indonesia iaitu Dayang Nurfaizah dan Harvey Malaihollo.

"Lagipun, lagu tersebut cukup popular di kedua-dua buah negara ini satu ketika dulu. Gabungan ini akan dapat membuka peluang untuk pasarkan filem kita ke sana," katanya.

Ditanya tentang persiapan untuk penggambaran filem kerjasama syarikat produksinya Excellent Pictures dan Erama Records itu, pengarah filem Senjakala ini berkata, proses pra-produksi filem itu berjalan lancar dengan sokongan sepenuhnya daripada kerajaan negeri Sabah.

"Kerjasama dengan kerajaan negeri Sabah adalah kesinambungan daripada pertemuan dengan mereka selaku penganjur Festival Filem Malaysia di sana pada 2009.

"Mereka menawarkan sokongan penuh termasuk lokasi, pengangkutan dan logistik. Kami berbesar hati untuk melakukan penggambaran di sana," katanya.

Filem yang berkisar tentang percintaan seorang juruterbang helikopter ini dijangka menelan kos produksi sebanyak RM1.8 juta.

Filem, muzik video dan lagu versi baru Gerimis Mengundang dilancarkan serentak pada majlis sambutan Hari Ibu bersama Harvey Malaihollo dan Dayang Nurfaizah anjuran oleh Erama Records, Hotel The Legend dan UMobile di hotel itu, Rabu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan