Zakiah Anas Ceburi Bidang Kecantikan

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zakiah Anas bakal mengeluarkan krim pelansingan badan. - Foto LOW LAY PHON
Zakiah Anas bakal mengeluarkan krim pelansingan badan. - Foto LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Pengacara Zakiah Anas, 45, meluaskan kariernya bukan sahaja sebagai personaliti televisyen, malah turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan.

Menurut pengacara program Bersamamu dan 999 ini, dia akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat.

“Sekarang, saya hidup bersendirian dan terpaksa mencari pendapatan lebih untuk diri-sendiri. Malah anak perempuan bongsu yang berusia empat tahun turut tinggal bersama-sama saya.

“Jadi, sebab itu saya cuba menceburi perniagaan ini,” katanya kepada mStar Online.

Kini, dia sedang melalui proses penceraian dan telah dua tahun setengah tinggal berasingan dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib.

Sementara dua anak lelakinya yang berusia 17 tahun dan 15 tahun tinggal bersama-sama suaminya.

Bagaimanapun, Zakiah enggan mengulas lanjut berhubung kes penceraian yang masih belum selesai itu kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga 18 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, wanita ini sedang mengacara program 360 musim kedua bermula April lalu yang sebelum ini dikendalikan oleh pengacara Mazidul Akmal Sidek.

Menariknya, musim terbaru ini memaparkan tentang trend terkini dan fenomena kehidupan masyarakat di dunia yang memerlukan dia ke luar negara jika perlu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan