SHOWDOWN 2011: Borneo Crew Tidak Puas Hati Disingkir

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kumpulan Borneo Crew (BRC) tidak berpuas hati apabila mereka disingkir daripada pertandingan Showdown 2011 yang berlangsung di I-City di sini malam Rabu.

Menurut ahli kumpulannya, Weskarnain Mohd Yasin, 24, dia dan rakannya tidak menjangkakan mereka akan terkeluar daripada pentas tarian Showdown dan menganggap pihak juri yang terdiri daripada penari profesional, Mapple Loo, Lady D dan Joe Flizzow tidak adil.

"Setahu saya, kumpulan kami mempunyai ramai peminat lebih-lebih lagi BRC pernah bertanding sehingga ke luar negara.

"Hal ini membuatkan kami kurang faham, apakah kehendak pihak juri kerana kumpulan-kumpulan B-Boy seperti kami sering mendapat markah terendah," katanya selepas pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, tambah Weskarnain, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan akan meneruskan dengan perjuangan menaikkan kembali tarian B-Boy.

"Bila mengenangkan susah payah kami yang datang jauh dari Sabah, ia sangat menyedihkan lebih-lebih lagi apabila kami terpaksa berlatih merata-rata tempat sampaikan kena halau.

"Sedangkan kumpulan lain masing-masing dapat berlatih di studio yang selesa.

"Justeru itu kami bercadang untuk menetap sementara di Kuala Lumpur, mana tahu ada rezeki di sini," tuturnya.

Selain BRC, kumpulan Rokustep (RKS), Blazin Squad (BSQ) dan Force 136 (FRC) turut mendapat markah terendah.

Lapan kumpulan yang terselamat termasuklah Panic (PNC), Bounce Stepperz (BOS), Borneo Crew (BRC), Elecoldxhot (ECX) dan Stepholic (STP) akan meneruskan perjuangan dalam Showdown 2011 bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Tema untuk persembahan minggu hadapan ialah New Kids On The Block Back Street Boys dimana setiap kumpulan akan menggunakan kreativiti menunjukkan skil tarian masing-masing.

Showdown 2011 bersiaran secara langsung di saluran 8TV pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam.

Bagi yang ingin mengikuti kisah di sebalik tabir pertandingan itu, siaran Showdown 2011 Diaries... From the Streets disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.30 malam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan