'KL Gangster' Papar 80 Peratus Kisah Benar

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rizal (kanan) menjadi pembantu pengarah dan penulis skrip filem KL Gangster di samping Syamsul.
Rizal (kanan) menjadi pembantu pengarah dan penulis skrip filem KL Gangster di samping Syamsul.

PETALING JAYA: Penulis skrip dan pembantu pengarah filem KL Gangster, Rizal Ashraff, 28, mengakui 80 peratus perjalanan cerita tersebut berkaitan kisah benar kehidupan gengster yang berlaku di ibu kota.

Filem ini bakal ditayangkan di 90 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Kisah benar itu memberikan suntikan realiti untuk menghidupkan dan lebih menyelami dunia sebenar gengster.

“Sebagai penulis skrip bersama Syamsul Yusof (pengarah), saya cuba memaparkan tentang seseorang yang terjebak dalam dunia hitam dan bagaimana cabaran yang dilalui sebagai gengster.

“Cerita ini bukan sahaja memberi pengajaran, malah menyampaikan tentang perkara yang mungkin orang luar tidak tahu tentang gengster,” ceritanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Saya mempunyai beberapa kenalan yang terlibat dengan dunia gengsterisme. Ada yang hidup senang dengan kegiatan yang dilakukan.

“Setelah dipenjarakan, mereka benar-benar insaf dan ingin ‘cuci tangan’. Tetapi setelah keluar dari penjara, mereka mengalami kesempitan hidup dan sukar mendapat kerja tetap.

“Ada juga yang menjadi mangsa apabila musuh berdendam dengan mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa kembali semula ke dunia hitam itu. Jadi, mereka terpaksa memilih sama ada melakukan kerja halal atau tidak.”

Sementara elemen drama dan kekeluargaan yang disuntik dalam filem itu merupakan rekaan semata-mata untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.

“Pengajaran yang cuba disampaikan adalah sekali kita masuk ke dunia hitam, dendam manusia tidak pernah tamat.

“Begitu juga dengan kisah adik-beradik yang sanggup bergaduh kerana duit,” katanya yang merupakan sepupu kepada Syamsul.

Selain bekerja di belakang tabir, Rizal turut berlakon drama Awan Dania serta filem Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan