30 Pemenang Kuiz 'Agro-Xplorasi' Terima Hadiah

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pemenang kuiz Agro-Xplorasi TV3 menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Datuk Seri Noh Omar di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selasa. - Foto LAY PHON
Para pemenang kuiz Agro-Xplorasi TV3 menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Datuk Seri Noh Omar di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selasa. - Foto LAY PHON

PETALING JAYA: Tiga puluh pemenang Kuiz Agro-Xplorasi menerima hadiah masing-masing yang diadakan di Sri Pentas di sini, Selasa.

Hadiah dari tempat pertama hingga ke tiga itu diberikan kepada pemenang yang terpilih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang kuiz tersebut berlangsung.

Pemenang menerima hadiah berupa TV LCD Panasonic VIERA 42 inci (tempat pertama), iPad Wi Fi 16G (tempat kedua) dan telefon bimbit Nokia X6 (tempat ketiga).

Program 10 episod hasil kolaborasi TV3 bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mula bersiaran pada 26 Februari itu telah melabuhkan tirainya pada 30 April lalu.

Seramai tiga pemenang telah dipilih dalam setiap episod rancangan itu disiarkan.

Selain daripada kuiz, program yang dihoskan oleh Nazruddin Habibur Rahman (Naz), Annahita Bakavoli (Anna) dan Danny itu turut memaparkan dokumentari pertanian.

Hadiah tersebut disanpaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.

Menurut Noh, beliau bercadang untuk melihat itu diteruskan pada musim kedua setelah mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Setelah melihat kejayaan program ini, kementerian bercadang untuk meneruskannya bagi menambah minat orang muda. Lagipun, ramai pemenang yang terdiri daripada kalangan golongan muda.

“Mereka bukan sahaja berminat dengan program tersebut tetapi secara tak langsung telah terlibat dengan sektor pertanian ini,” katanya.

Program berkonsepkan majalah dokumentari ini disiarkan untuk mempertingkatkan kesedaran dan kepentingan industri pertanian.

Selain menekankan aspek kemajuan dan perkembangan industri tempatan, kisah menarik sepuluh usahawan Malaysia yang telah berjaya menempa nama menerusi bidang dan peniagaan yang diceburi turut dipertontonkan.

Sementara itu, salah seorang pemenang iaitu Sarawirda Sarip, 34, yang memenangi tempat pertama pada episod kesembilan berkata program tersebut banyak memberikan ilham dan tip untuk dia memulakan perniagaan dalam bidang penternakan.

“Saya berminat untuk melakukan perniagaan penternakan kambing di Jelapang, Ipoh. Sekarang saya masih bekerja di sebuah syarikat swasta dan sedang merancang perniagaan tersebut pada masa akan datang.

“Saya dan suami telah meninjau tanah di Jelapang,” katanya yang berasal dari Melaka dan menetap di Kuala Lumpur.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan