Syamsul Yusof Buat Diri Tertekan Kerana 'KL Gangster'

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamsul, Adi dan Aaron merupakan tunggak utama filem KL Gangster yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini. - Foto HASRUL HASHIM
Shamsul, Adi dan Aaron merupakan tunggak utama filem KL Gangster yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Jun ini. - Foto HASRUL HASHIM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sengaja membuatkan dirinya sentiasa tertekan bagi mendalami watak Shark dalam filem KL Gangster.

Filem tersebut bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Shark merupakan seorang gangster yang kejam, tamak dan sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) kerana ingin menjadi ‘raja’ gangster di Kuala Lumpur (KL).

Dia merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Shark sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek.

“Sepanjang memegang watak Shark, saya sengaja membuatkan diri menjadi tidak mood dan tertekan kerana watak itu memerlukan seorang itu menjadi agresif dan panas baran.

“Saya terpaksa melakukan uji bakat kepada diri-sendiri dan mengambil masa berminggu-minggu untuk mendalami watak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tayangan media filem KL Gangster di Cathay Cineleisure, e@curve, di sini, Isnin.

Selain bergelar pelakon utama dalam filem itu, Syamsul turut mengarah dan menulis skrip KL Gangster di samping sepupunya, Mohd Rizal Ashraff.

Ramai penonton yang berpuas hati dan memuji filem kelima arahan anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu. Bagaimanapun, penonton kanak-kanak di bawah 13 tahun perlu mendapatkan pengawasan penonton dewasa.

Belum pun ditayangkan di pawagam, pengarah filem Evolusi KL Drift, Bohsia…Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat ini menjangkakan sekuel filem KL Gangster akan dilakukan nanti.

“Saya sentiasa menonton filem aksi dari dalam dan luar negara untuk mempelbagaikan elemen tersebut serta meminta pandangan daripada gangster dan pihak polis.

“Apabila melakukan kerja, saya cuba untuk mengikut selera penonton dan membuatkan mereka berpuas hati dengan elemen aksi yang dipaparkan dalam filem saya. Bagaimanapun, saya sengaja menyuntik sedikit elemen drama dan komedi untuk menjadikan cerita ini lebih menarik,” ujarnya lagi.

Filem tersebut turut dilakonkan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan