Mentor 5: Salma Tak Sangka Ke Final Walaupun Buat Silap

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra Fazira dan Salma
Erra Fazira dan Salma

SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi Erra Fazira iaitu Salma, 21, sama sekali tidak menyangka diberi peluang oleh pihak produksi program Mentor 5 untuk mara ke pentas akhir bersama-sama Iqa (protege Edry Abdul Halim) dan Shiha (Datuk Sharifah Aini) pada 29 Mei ini.

Kata Salma, kesilapan yang dilakukannya ketika menyanyikan lagu pertama iaitu Nirmala dalam persaingan separuh akhir kedua, malam Ahad lalu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Saya akui kesilapan itu dan sangat menyesal selepas melakukan persembahan. Terus-terang, saya sangat takut dan gementar apabila Iqa dan Shiha mara ke pusingan akhir.

"Namun, saya sangat bersyukur di atas peluang kedua ini dan berjanji untuk melakukan persembahan terbaik dan mengelakkan kesilapan pada malam akhir nanti," katanya.

Sementara itu, Erra Fazira selaku mentor Salma menganggap keputusan tersebut sebagai satu kejutan dan peluang terakhir untuk protegenya lebih menonjol.

"Keputusan Salma mara ke peringkat akhir adalah satu kejutan. Pada awalnya, saya sangkakan hanya dua peserta saja yang akan mara seperti dimaklumkan oleh pihak TV3.

"Saya anggap ini sebagai peluang terakhir Salma untuk menonjolkan kemampuannya. Kesilapan tersalah key ketika menyanyikan lagu pertama itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana sepanjang tempoh latihan sebelum ini dia tidak melakukan kesilapan pun.

"Apa yang telah berlaku pada malam ini (malam Ahad) akan membuatkan Salma bangun dan tampil lebih serius pada malam akhir nanti," katanya.

Pada persaingan separuh akhir kedua yang berlangsung di Auditorium MBSA, malam Ahad, Salma meraih markah terkumpul sebanyak 113 di belakang Iqa (126) dan Shiha (119).

Salma menyampaikan lagu medley Nirmala dan Mimpi Laila untuk persembahan solo dan berduet dengan Mohd (Mentor 4) untuk lagu Fenomena dan Opera Hidup.

Pertandingan akhir Mentor 5 akan berlangsung pada 29 Mei ini di Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 9 malam.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan