Johnson’s Cari Wanita Berkulit Memukau & Peramah

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Johnson’s Body Care kini sedang mencari seorang wanita Malaysia yang mempunyai kecantikan kulit yang memukau dan peramah dalam pencarian 'Beautiful Soft Look 2011'.

Pencarian ini terbuka kepada wanita Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurut Pengurus Pemasaran rangkaian losen untuk wanita Johnson’s Body Care, Kevin Goldman, wanita tersebut mestilah memiliki kulit yang cantik dan lembut, yang mudah diperoleh dengan menggunakan rangkaian losen Johnson’s Body Care dan persona jenama tersebut yang mencerminkan wanita muda yang menarik, prihatin serta peramah.

“Dalam pertandingan ini, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan beberapa profesional terkenal dalam industri kecantikan dan fesyen tempatan untuk menonjolkan penampilan lembut dan cantik para peserta dengan beberapa siri ‘makeover’,” kata Goldman.

Sepuluh finalis teratas dalam pencarian ini akan digayakan oleh dua pereka fesyen pemenang anugerah, iaitu Azalea dan Yasmin Putri Ramli daripada label fesyen PU3 dan pereka rambut dan pengasas akademi A Cut Above, dan rangkaian salon fesyen terkemuka Winnie Loo.

Ketika menerangkan konsep pencarian tersebut, Goldman berkata: “Johnson’s memahami betapa pentingnya kecantikan kulit bagi wanita dan peranan yang dimainkannya dalam menyerlahkan fesyen, mekap dan juga rambut yang mereka tumpukan setiap hari. Memiliki kulit lembut dan cantik itu sendiri merupakan satu kenyataan fesyen.

“Sebab itulah Johnson’s Body Care mencari wanita yang mempunyai penampilan cantik dan lembut untuk mewakili proposisi jenama ini.”

Bagi yang berminat, mereka hanya perlu membeli sebarang losen Johnson’s Body Care, imbas atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian, layari laman web www.facebook.com/jbc, isi borang permohonan dan hantarkan penyertaan bersama gambar sendiri. Penyertaan bermula dari 1 May dan tarikh tutup adalah 30 Jun 2011.

Semua penyertaan akan dimuat naik dan terbuka untuk undian di Facebook Johnson’s Body Care. Tiga puluh penyertaan yang paling banyak menerima undi akan tersenarai pendek sebagai peserta separuh akhir dan akan menghadiri temu duga bersama panel pengadil, termasuk Azalea dan Yasmin Putri Ramli serta Winnie Loo.

Pengadil kemudiannya akan memilih sepuluh finalis yang mempunyai potensi besar untuk menjadi wanita berkulit cantik dan lembut Johnson’s Body Care, yang bakal menggayakan koleksi terbaharu PU3 di finale pada bulan Julai nanti.

Pemenang utama pencarian ini akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, gaun rekaan yang direka khas oleh PU3 dan akan diketengahkan dalam majalah fesyen dan kecantikan Malaysia. Pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM3,000 dan RM1,000. Setiap finalis juga akan membawa pulang bekalan losen Johnson’s Body Care untuk setahun.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan