Fazli Zainal Menangis Lihat Mangsa Tanah Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazli Zainal melawat salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh yang terselamat di Hospital Ampang, Ahad lalu.
Fazli Zainal melawat salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh yang terselamat di Hospital Ampang, Ahad lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan anak-anak yatim yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Sabtu lalu.

Katanya, kejadian tragis tersebut menyentuh perasaan setiap insan sepertinya yang sudah tidak mempunyai ibu bapa.

“Saya datang tempat kejadian untuk memberi bantuan dan melihat keadaan mereka, ketika itu saya berselisih dengan van jenazah tujuh kanak-kanak yang meninggal dunia.

“Perasaan sangat sayu dan menyayat hati sehinggakan saya menangis ketika mendengar cerita tentang kejadian yang menimpa mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Fazli lagi, selepas mengikut misi memberi bantuan makanan kepada pekerja di tempat kejadian, dia melawat kanak-kanak yang cedera di Hospital Ampang.

“Pada sebelah petang, kami melawat kanak-kanak yang mengalami kecederaan di Hospital Ampang.

“Mereka menceritakan detik-detik bagaimana kejadian itu berlaku dengan sekelip mata sahaja,” katanya.

Lebih menyedihkan lagi, menurut Fazli, kanak-kanak tersebut dalam persiapan latihan nasyid.

“Saya terpangil untuk menolong atas dasar perikemanusiaan dan rasa tanggung jawab sesama insan.

“Kejadian yang membabitkan hidup dan mati ini tidak mengira siapa kita, masing-masing akan melaluinya, cepat atau lambat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Fazli turut memberitahu sedang merancang untuk membuat kutipan derma di kalangan artis dalam masa terdekat ini bagi menyalurkan bantuan dan majlis tahlil kepada mangsa yang terkorban.

“Saya dan eebberapa rakan artis masih dalam perancangan untuk membantu kanak-kanak ini semampu yang boleh.

“Dalam masa terdekat kami merancang untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang meninggal dunia,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 16 pelajar termasuk seorang dewasa Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini terkorban akibat tertimbus apabila tebing berdekatan madrasah itu runtuh.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan