Erra Fazira Mahu Semangat Mazni Dalam 'Badai Semalam'

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra Fazira
Erra Fazira

PETALING JAYA: Pelakon, Erra Fazira mengakui mempunyai semangat Mazni iaitu watak utama dalam novel Badai Semalam yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 11 hingga 20 November depan.

Erra berkata, kisah hidup dan kecekalan seorang wanita yang tertulis dalam naskhah tersebut tidak jauh seperti yang dilalui sepanjang hidupnya bergelar anak seni.

“Karakter tersebut sangat kuat iaitu kecekalan seorang wanita yang mengejar cita-citanya dan berhadapan dengan pelbagai rintangan terutama cinta.

“Saya dapat rasakan semangat Mazni dalam novel ini ada dalam diri saya. Saya hanya perlu keluarkan semangat itu untuk menjadi Mazni,” katanya.

Antara barisan pelakon-pelakon yang membintangi teater Badai Semalam ialah Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.

Jelas Erra lagi, apa yang dibimbangkan adalah jangkaan penonton yang tinggi terhadap teater yang diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada tahun 1968 itu.

“Memang saya akan sedikit tertekan sebab novel sangat popular dan pernah menjadi buku teks sekolah menengah, sudah tentu ia mempunyai pembaca yang ramai.

“Saya tahu setiap pembaca akan mengimaginasikan watak-watak dalam novel mengikut imaginasi mereka masing-masing dan saya melahirkan watak itu mengikut imaginasi saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut teruja apabila digandingkan bersama rakan baiknya, pelakon Umie Aida dalam teater tersebut.

“Salah satu sebab juga saya memilih teater ini kerana Umie Aida. Sebelum ini memang kami ada berlakon bersama tapi tidak terlalu banyak berbanding watak dalam teater ini.

“Selain itu, pelakon-pelakon dalam teater ini juga antara yang saya sering bekerjasama seperti Aaron Aziz. Hanya Fizz Fairuz saja yang baru pertama kali digandingkan,” katanya.

Teater yang diterbitkan pada awal 80-an ini mengisahkan seorang wanita bernama Mazni yang merupakan anak pembantu rumah yang mempunyai cita-cita tinggi.

Mazni tidak mahu mengikut perjalanan seperti wanita biasa yang berkahwin dan mengikut suami, dia mengejar cita-citanya sehingga mengabaikan cinta dan keluarga. Teater ini akan diarahkan oleh pengarah muda, Khairunazwan Rodzi dan skrip ditulis oleh Rahimidi Zahari.

Tiket berharga dari RM30 hingga RM300 boleh dibeli di Box Office, Istana Budaya, Jalan Tun Razak atau menerusi di www.ticket2u.biz.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan