Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakak

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noh akui kesibukannya memaksa dia menyerahkan urusan persiapan perkahwinan kepada kakaknya. - Foto MUHAMMAD AKIF
Noh akui kesibukannya memaksa dia menyerahkan urusan persiapan perkahwinan kepada kakaknya. - Foto MUHAMMAD AKIF

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mengakui kesibukannya dengan komitmen nyanyian memaksa dia menyerahkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya dengan penyanyi Mizz Nina di Kuching, Sarawak pada 16 Julai depan kepada kakaknya sepenuhnya.

Ujar Noh dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan semasa persiapan tersebut menerusi penggilan telefon kakaknya saja.

"Persiapan resepsi kami di Kuala Lumpur diuruskan oleh Nina, manakala persiapan untuk resepsi di Kuching saya terpaksa serahkan pada kakak.

"Saya terlalu sibuk dan memang tidak sempat untuk berulang-alik ke Kuching. Mujurlah, ada kakak dan keluarga yang uruskan semuanya.

"Ibaratnya, saya hanya tandatangani cek untuk bayaran sebarang persiapan dan dimaklumkan menerusi telefon saja," katanya yang ditemui selepas konsert Jam With Us TV9, di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai debarannya bergelar suami dalam tempoh kurang daripada dua bulan saja lagi, Noh berkata, dia sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab itu.

"Saya benar-benar sudah bersedia. Mungkin daripada segi persiapan, saya tidak sempat untuk terlibat sepenuhnya tetapi mental dan fizikal saya sudah bersedia untuk bergelar suami Nina.

"Realitinya, tiada apa yang akan berubah selepas berkahwin nanti. Saya dan dia akan terus aktif dalam bidang seni.

"Saya tidak akan sekat atau halang dia untuk terus menyanyi. Kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.

Pada konsert Jam With Us TV9 yang berlangsung di ruang legar pintu masuk pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang, malam Jumaat lalu, Hujan melakukan persembahan penutup.

Dek keterujaan dan sambutan luar biasa peminat, mereka yang sepatutnya menyampaikan empat lagu termasuk Muda, Inspektor Ramos, Empayarmu dan Mencari Konklusi telah mendendangkan lapan lagu.

"Jarang ada peluang begini di mana penganjur (TV9) memberikan kebebasan di pentas. Sambutan peminat pun meriah, itu sebab kami sampaikan lagu-lagu esktra daripada yang dirancang.

"Selalunya, kami memang suka dengan perancangan secara spontan. Ia pasti menjadi dan meriah," katanya.

Selain kumpulan Hujan, konsert berdurasi lebih lima jam itu turut disertai oleh Aizat, kumpulan Awan Band, Drama, Gabba Gabba, Grey Sky Morning dan Pesawat.

Ia diacarakan oleh hos Aidid Marcello dan Lydia Ibtisam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan