Marcell Tidak Kisah Digelar 'Penyanyi Recycle'

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marcell
Marcell

KUALA LUMPUR: Penyanyi Marcell Siahaan, 33, mengakui tidak kisah dengan gelaran 'penyanyi recycle' yang diberikan kepadanya oleh segelintir media di Indonesia kerana sering merakamkan semula lagu-lagu penyanyi lain dengan nafas baru.

Ujar suami kepada pengacara Rima Melati itu, jolokan tersebut tidak memberikan sebarang kesan kerana baginya lagu lama yang diberikan susunan dan sentuhan baru tetap akan kedengaran segar dan menarik.

"Ini bukan kali pertama saya mendengar komen sebegini. Ketika saya memperdengarkan album terbaru di Indonesia baru-baru ini, saya juga menerima kritikan sebegitu.

"Saya tidak kisah atau berasa takut jika ada yang menganggap saya tidak kreatif atau ketandusan idea. Sejujurnya, saya tidak peduli dengan gelaran 'penyanyi recycle' itu," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Jelas Marcell lagi, kecenderungannya merakamkan lagu-lagu penyanyi lain dalam nafas baru adalah berdasarkan keistimewaan lagu-lagu tersebut yang dirasakan bersesuaian dengannya.

Dalam album kelimanya ini, And The Story Continues..., Marcell memberikan nafas baru pada empat lagu lama iaitu Takkan Berganti nyanyian asal Dea Mirella, Sisa Semalam (Java Jive), Mau Dibawa Ke Mana (Armada) dan I Knew I Love You (Savage Garden).

"Dalam album terbaru ini pun saya merakamkan empat lagu recycle iaitu Takkan Berganti nyanyian Dea Mirella, Sisa Semalam (Java Jive), Mau Dibawa Ke Mana (Armada) dan I Knew I Love You (Savage Garden).

"Bagi saya, jika susunannya segar dan menarik, lagu itu tetap akan kedengaran seperti lagu baru juga," katanya.

Sebelum ini, Marcell pernah merakamkan semula lagu Candu Asmara nyanyian Cici Paramida dan Dirimu Diriku (Crisye).

Dalam pada itu, album terbaru Marcell yang memuatkan 11 trek lagu itu akan mula dipasarkan di Malaysia pada awal Jun depan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan